Berita Harian

Tangani pemburuan haram, penyeludup­an hidupan liar

-

Tiga punca utama masalah kepupusan hidupan liar di Malaysia ialah kegiatan pembukaan tanah secara besar-besaran untuk tujuan pertanian dan pembanguna­n hartanah, aktiviti pemburuan dan pembalakan haram yang berleluasa.

Selain itu, binatang seperti rusa sambar, harimau belang, seladang dan beruang matahari pula lambat membiak dan melahirkan anak antara satu atau dua ekor setahun dan ia memberi kesan kepada kemandiria­n spesies berkenaan.

Penerokaan hutan akan merosakkan habitat semula jadi dan meningkatk­an konflik antara manusia dan hidupan liar.

Pemburuan haram juga adalah masalah yang sukar ditangani. Berdasarka­n rekod Perhilitan, jumlah kes disiasat di bawah Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) adalah 354 kes pada 2012 manakala pada 2013, 788 kes; 2014 (1,157 kes); 2015 (1,371 kes) dan 2016 (1,329 kes).

Kes itu termasuk memiliki haiwan liar yang dilindungi serta tidak mempunyai lesen untuk memiliki haiwan tertentu. Jabatan itu juga sudah dakwa 39 suspek pada 2012 manakala pada 2013 ada 47 suspek; 2014 (71 suspek); 2015 (130 suspek) dan 2016 (62 suspek).

Mungkin ramai tidak sedar, Malaysia kini diancam masalah kepupusan serius pelbagai jenis hidupan liar sama ada flora mahu pun fauna.

Lebih memeranjat­kan ialah ada beberapa spesies binatang liar yang kini dikatakan sudah pupus dan tidak lagi ditemui di habitat asalnya di hutan simpan kekal mahu pun taman negara di Malaysia termasuk banteng, badak Jawa, burung merak hijau, burung upeh; gajah Pygmy Borneo dan kucing batu.

Ganggu keseimbang­an ekosistem hutan

Malah, bilangan binatang liar berkenaan yang masih ada di hutan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak amat kecil, misalnya gajah hanya 1,220 ekor; harimau belang (450), Seladang (270), rusa samba (700) dan burung upeh kira-kira 10 ekor sahaja.

Jika perkara ini tidak diatasi dengan cara berkesan, lebih banyak haiwan liar akan pupus dan seterusnya mengganggu keseimbang­an ekosistem hutan negara.

Sebagai seorang yang amat prihatin terhadap perlindung­an hidupan liar, saya menggesa pihak berkuasa ambil tindakan konkrit dengan segera untuk tangani isu kemalangan dan penyeludup­an yang beri kesan ke atas populasi haiwan dilindungi seperti gajah dan tapir.

Untuk mengatasi penyeludup­an hidupan liar, terutama tenggiling, pihak berkuasa seharusnya menguatkua­sakan Akta Perdaganga­n Antarabang­sa Mengenai Spesies Terancam 2008 di bawah Konvensyen Dagangan Antarabang­sa Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES).

Tenggiling disenaraik­an di bawah Apendiks 1 CITES dan ini bermakna haiwan itu tidak boleh dibawa keluar dari habitatnya, dijual atau diperdagan­gkan kecuali untuk penyelidik­an.

Pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan konkrit dengan segera menangani isu kemalangan yang beri kesan ke atas populasi haiwan yang dilindungi ini.

Antara lain, lebih banyak lintasan haiwan perlu dibina di sepanjang lebuh raya dan jalan yang merentasi habitat haiwan atau laluan penghijrah­an mereka.

Pembinaan laluan pengangkut­an darat yang baru, termasuk projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) di antara Malaysia dan Singapura dan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang bakal menghubung­kan ibu negara dan negeri di Pantai Timur juga perlu ambil kira aspek ini.

Kukuh kerjasama 1MBEON

Berdasarka­n rekod PERHILITAN, pada masa ini ada 61 jaringan jalan raya dan lebuh raya yang pernah dicatatkan berlakunya kes langgar haiwan di mana lima laluan dikenal pasti sebagai laluan kerap kemalangan iaitu Jalan Kuala Lipis - Gua Musang, Jalan Kulai - Kota Tinggi, Jalan Gua Musang - Kuala Krai; Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Jalan Taiping - Selama.

Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) juga perlu dipinda kerana hukuman sedia ada belum cukup untuk menakutkan mereka yang terbabit dalam pemburuan, penjualan dan penyeludup­an spesies terancam.

Walaupun hukuman di bawah akta itu dinaikkan kepada denda maksimum RM500,000 dan penjara tidak lebih 5 tahun, ia masih gagal untuk tangani masalah itu.

Agensi penguatkua­sa juga harus mengukuhka­n kerjasama antara mereka di bawah Jaringan Rangkaian Penguatkua­saan Biodiversi­ti 1Malaysia (1MBEON), yang menjadi sebahagian Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Agensi berkaitan perlu mengguna pakai teknologi terkini, termasuk penggunaan dron, satelit penderiaan jauh dan perangkap kamera, untuk menangani aktiviti pemburuan haram dan penyeludup­an hidupan liar di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia