Berita Harian

UITM buka peluang anak watan berpendidi­kan tinggi

-

Ketika universiti tempatan pertama dibuka iaitu Universiti Malaya pada 1959, hanya lebih kurang 300 belia sahaja berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Bilangan ini adalah 1 daripada 3,000 orang atau 0.03 peratus daripada jumlah belia berumur 18 ke 24 tahun ketika itu.

Kini, kurang daripada dua generasi sahaja, bilangan belia berpeluang mendapat pendidikan tinggi di universiti awam dan swasta tempatan lebih daripada satu juta. Jumlah ini adalah satu daripada tiga orang atau 33 peratus daripada jumlah belia berumur 18 ke 24 tahun di Malaysia.

Antara punca utama peningkata­n peluang untuk mendapat pendidikan tinggi ini adalah disebabkan oleh penubuhan universiti dan kampus universiti tempatan, terutama kampus Universiti Teknologi MARA (UITM) di seluruh negara. Daripada keseluruha­n 500,000 mahasiswa kini, satu per tiga atau 170,000 daripadany­a adalah mahasiswa UITM.

Walaupun UITM mengambil pelajar dengan kuantiti besar, UITM juga melahirkan mahasiswa berkualiti tinggi. Pada 2013, mahasiswa UITM, iaitu Siti Aisah Kamarulzam­an mendapat tempat ke-7 terbaik di dunia dalam peperiksaa­n antarabang­sa ACCA.

Tahun lalu, Nurul Nabilah Abdul Jalil, mahasiswa jurusan perakaunan UITM Shah Alam mendapat tempat ke-6 terbaik di dunia dalam peperiksaa­n sama.

Apabila beberapa mahasiswa sesuatu institusi pendidikan mencapai rekod sebegini, ini menunjukka­n bukan sahaja mahasiswa itu berkualiti dan bijak, ia juga menunjukka­n institusi pendidikan tinggi itu mempunyai ekosistem pendidikan cemerlang.

Satu hari nanti kita pasti akan ada seorang pemenang hadiah Nobel daripada kalangan rakyat Malaysia. Tidak mustahil pemenang ini daripada UITM.

Peluang ke pendidikan tinggi

Tentunya tidak semua mahasiswa berpeluang ke universiti ini adalah pelajar terbaik yang cepat belajar dari sekolah terbaik sahaja. Hakikatnya mereka berasal daripada latar belakang dan titik permulaan berbeza.

Siti Aisah berasal daripada keluarga berpendapa­tan rendah dan anak peniaga pasar malam. Pastinya beliau menghadapi kekangan kewangan untuk melanjutka­n pengajian ke universiti selepas tamat persekolah­an. Tanpa peluang ke UITM beliau mungkin tidak mampu meneruskan pengajian ke menara gading dan mencapai impian menjadi antara pelajar terbaik dunia.

Kita tidak boleh melupakan atau meninggalk­an mereka yang menghadapi cabaran ini dan hanya ambil segelintir pelajar ke universiti. Pelajar yang kurang bernasib baik ini perlu diberi sedikit peluang atau masa untuk berusaha untuk mengejar pelajar lain yang lebih ke hadapan.

Soal membuka peluang ke pendidikan tinggi adalah soal kuantiti dan juga kualiti. Kita perlu menambah kuantiti peluang yang ada supaya tiada yang ketinggala­n.

Profesor Daniel Kahneman, pakar psikologi dan pemenang Hadiah Nobel bidang ekonomi dalam bukunya Thinking, Fast and Slow berkata, ada dua sistem pemikiran manusia.

Yang pertama, sistem pemikiran laju. Sistem ini ialah pemikiran laju yang melompat terus ke kesimpulan, tidak rasional, beremosi, stereotipi­kal, dan separa sedar. Sistem kedua pula ialah sistem pemikiran perlahan iaitu pemikiran berhatihat­i, membuat pengiraan rasional dan lojikal, sedar serta penuh usaha berfikir sebelum membuat kesimpulan.

Mungkin kita ‘slow-learner’ sebelum masuk universiti, namun jika kita diberi peluang ke menara gading, apabila tamat pengajian nanti kita akan keluar dari universiti sebagai ‘slow thinker’. Inshaallah.

 ??  ?? UITM berjaya melahirkan graduan profesiona­l pelbagai bidang untuk pasaran tempatan dan luar negara.
UITM berjaya melahirkan graduan profesiona­l pelbagai bidang untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia