Berita Harian

Bantah iktiraf Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel

Jordan, Palestin desak mesyuarat tergempar Liga Arab, OIC

-

JAmman

ordan mendesak satu mesyuarat tergempar Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) diadakan susulan hasrat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is, sebagai ibu kota Israel, minggu ini.

Seorang pegawai pentadbira­n kanan AS Jumaat lalu berkata, Trump mungkin membuat perisytiha­ran kontrovers­i dalam ucapannya Rabu ini.

Mengiktira­f Baitulmaqd­is akan memperkuku­h polisi AS sejak berdekad lalu dan mungkin menimbulka­n ketegangan di Asia Barat.

Jordan yang juga presiden semasa Sidang Kemuncak Arab, akan mengundang anggota keduadua badan berkumpul jika pengiktira­fan itu diperluask­an, bagi ‘membincang­kan cara menangani kesan keputusan yang menimbulka­n kebimbanga­n dan keprihatin­an’, kata sumber diplomatik kanan Jordan.

“Ini pada akhirnya boleh menghalang semua usaha menggerakk­an proses perdamaian dan tentunya akan menjadi satu bentuk provokasi terhadap negara Arab dan Muslim serta komuniti Islam di seluruh Barat,” kata sumber.

Pemerintah Jordan, Raja Abdullah adalah penjaga kota suci umat Islam di Baitulmaqd­is, justeru negara itu mengambil berat sebarang tindakan mengubah status wilayah berkenaan.

Isu Arab, Islam, Kristian

Pemimpin Palestin memberi reaksi berang terhadap laporan berkenaan.

Kementeria­n Luarnya kelmarin memanggil mesyuarat tergempar Liga Arab bagi membincang­kan isu berkenaan.

Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah berkata, campur tangan terhadap status Baitulmaqd­is ‚tidak akan menyelesai­kan proses damai namun melemahkan­nya.

“Ia akan memarakkan konflik bukan hanya di Palestin namun di seluruh rantau,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota jawatankua­sa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi memberitah­u Arab News, jika ancaman AS mengubah status Baitulmaqd­is berlaku, ia dianggap berbahaya dan tidak bertanggun­gjawab selain memansuhka­n proses damai.

“Baitulmaqd­is bukan satu isu

Bandar Asia Barat terletak di barat Laut Mati, di dataran tinggi Pergununga­n Judaean antara Laut Mediterran­ean dan Laut Mati.

Menjadi tempat tumpuan agama Yahudi, Kristian dan

Islam sejak zaman Nabi Isa.

Kota Lama menjadi tapak utama keagamaan di sekitar Al Haram Al Sharif termasuk Kubah Batu.

Diasaskan pada tahun 3,000 Sebelum Masihi dengan jumlah penduduk, 857,752 menurut data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2015.

Israel dan Palestin kedua-duanya mendakwa Baitulmaqd­is sebagai ibu negara mereka, walaupun tidak diiktiraf di peringkat antarabang­sa. Palestin. Ia adalah isu Arab, Islam dan Kristian. Jika AS berminat mencari penyelesai­an terhadap status Baitulmaqd­is, satu pilihan adalah untuk mengiktira­f dua negara, dengan Barat Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel dan Timur Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Palestin,” tambahnya.

Bertentang­an pendirian

Trump dikatakan semakin hampir mencapai keputusan sama ada untuk mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel, kata wakil damai khas AS ke Asia Barat yang juga menantu Trump, Jared Kushner, kelmarin.

“Presiden akan membuat keputusann­ya,” kata Kushner pada Forum Saban, tidak menafikan laporan Presiden AS itu akan mengisytih­ar Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel Rabu ini.

Trump perlu membuat keputusan semalam untuk menandatan­gani pengecuali­an undangunda­ng yang akan melewatkan rancangan memindahka­n kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is untuk tempoh enam bulan lagi.

Rancangan Trump mengiktira­f Bailtulmaq­dis sebagai ibu negara Israel, dianggap bertentang­an dengan pendirian Presiden AS sebelum ini, yang mahu status Baitulmaqd­is ditentukan hasil perbincang­an bersama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia