Berita Harian

Ketegangan di Semenanjun­g Korea meningkat

AS, Korea Selatan mulakan latihan udara terbesar

-

Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan memulakan latihan udara terbesar semalam, operasi disifatkan satu ‘provokasi serius’ beberapa hari selepas Pyongyang lancar peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) didakwa paling berkuasa.

Tentera udara Korea Selatan berkata, latihan selama lima hari digelar ‘Vigilant Ace’ itu membabitka­n 230 pesawat, termasuk jet pejuang siluman F-22 Raptor, dan puluhan ribu askar bermula pagi semalam.

Hujung minggu lalu, Pyongyang menyelar latihan ketenteraa­n itu, menuduh pentadbira­n Presiden AS, Donald Trump ‘merayu perang nuklear meletus’.

Latihan tahunan itu diadakan lima hari selepas Pyongyang menguji senjata ICBM baharu, dikatakann­ya meletakkan seluruh AS dalam sasaran.

Bersedia tindak balas AS

Ketika ketegangan memuncak, Senator AS Lindsey Graham, elit berpengaru­h parti Republikan, memberi amaran negara itu semakin menghampir­i ‘jangkaan perang’ dengan Pyongyang.

“Jika ada ujian nuklear bawah tanah oleh Korea Utara, justeru anda perlu bersedia untuk tindak balas serius daripada AS,” kata Graham kepada rancangan CBS, ‘Face the Nation.’

Negara terasing dan miskin itu setakat ini sudah menguji enam peluru berpandu berkuasa sejak 2006, terbaharu September lalu.

Kenyataan Graham menyokong pendapat Penasihat Keselamata­n Trump, HR Mcmaster, yang memaklumka­n satu forum keselamata­n Sabtu lalu bahawa potensi perang meletus dengan Pyongyang ‘meningkat setiap hari’.

Korea Utara amat berbangga dengan pelancaran ICBM Hwasong 15, diuji Rabu lalu kerana mampu membawa kepala peledak ‘bersaiz super’ di manamana tempat di tanah besar AS.

Penganalis­is bersetuju, ujian terbaru itu menunjukka­n peningkata­n besar dalam potensi jarak, namun berkata, ia kemungkina­n dicapai menggunaka­n kepala peledak palsu yang agak ringan.

Ragu-ragu kuasai teknologi canggih

Mereka berkata, sebuah peluru berpandu yang membawa kepala peledak nuklear lebih berat mungkin sukar untuk mencapai jarak lebih jauh.

Malah, mereka juga raguragu Pyongyang boleh menguasai teknologi canggih diperlukan untuk melindungi kepala peledak sedemikian daripada suhu melampau dan tekanan dihadapi ketika peluru berpandu berpatah balik ke bumi.

Program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara dikecam secara meluas membuat peningkata­n ketara di bawah kepimpinan Kim Jong-un, yang menyaksika­n empat ujian nuklear dan berpuluh peluru berpandu sejak mengambil alih kuasa pada 2011.

Pertelingk­ahan nuklear selama berbulan antara JongUn dan Presiden Donald Trump serta saling berbalas retorik peribadi, menambah kebimbanga­n satu lagi konflik lebih enam dekad selepas Perang Korea 1950-53.

Namun sesetengah penasihat Trump mengatakan pilihan ketenteraa­n AS terhad walaupun Pyongyang mungkin melancarka­n serangan ke atas Seoul, ibu kota dengan 10 juta penduduk, terletak sejauh 50 kilometer dari sempadan dikawalket­at.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia