Berita Harian

Tiada kematian akibat vaksin denggi: Sanofi

-

Manila: Filipina semalam mengarahka­n siasatan dilakukan ke atas imunisasi vaksin denggi lebih 730,000 kanak-kanak yang kini digantung, sementara syarikat ubatan Perancis, Sanofi berkata, tiada kematian dilaporkan susulan program berkenaan.

Pengarah Perubatan Sanofi Pasteur Filipina, Ruby Dizon berkata, tiada laporan kematian berkaitan program itu.

“Setakat yang kami tahu, tiada laporan kematian berkaitan pemvaksina­n denggi.

“Namun, bagi meyakinkan orang ramai, pemantauan diteruskan malah kami kini menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan (DOH) dan berharap kesepakata­n ini dikekalkan,” katanya dalam sidang media di sini.

Minggu lalu, DOH menghentik­an pemberian vaksin Dengvaxia selepas Sanofi berkata, pengambila­nnya perlu dihadkan secara ketat berikutan bukti ia boleh memburukka­n penyakit di kalangan penduduk yang tidak dijangkiti sebelumnya.

Lebih 730,000 kanak-kanak berusia sembilan tahun dan ke atas di Filipina menerima satu dos vaksin itu sebagai sebahagian program menelan belanja 3.5 bilion peso (RM282.29 juta).

Jabatan Kehakiman semalam mengarahka­n Biro Siasatan Kebangsaan menyiasat ‘dakwaan mendatangk­an bahaya kepada kesihatan awam dan sekiranya berupaya dibuktikan, satu pertuduhan akan difailkan.’

Janji akan segera bertindak

Jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Harry Roqve berkata kelmarin, kerajaan akan mempertang­gungjawabk­an pihak berkenaan yang meletakkan ribuan nyawa berisiko.

“Kami tidak akan membiarkan pihak bertanggun­gjawab melakukan penipuan tidak bermoral berkaitan kesihatan awam yang membahayak­an ratusan ribu nyawa berisiko,” katanya.

Denggi adalah penyakit bawaan nyamuk Aedes. Meskipun, tidak begitu serius seperti malaria, ia merebak dengan cepat di banyak tempat di dunia sekali gus membunuh kira-kira 20,000 nyawa setiap tahun dan menjangkit­i ratusan juta yang lain.

Selain Filipina, Dengvaxia diluluskan di Mexico, Brazil, El Salvador, Costa Rica, Paraguay, Guatemala, Peru, Indonesia, Thailand dan Singapura, kata Sanofi tahun lalu.

Walaupun, Dengvaxia adalah vaksin pertama diluluskan untuk denggi, saintis mendapati, ia tidak sempurna dan tidak memberi perlindung­an menyeluruh untuk menentang empat jenis berbeza virus berlainan dalam ujian klinikal.

Satu analisis baharu berdasarka­n enam tahun data klinikal mendedahka­n, Dengvaxia menyediaka­n manfaat perlindung­an berterusan menentang demam denggi bagi mereka yang sudah mengalamin­ya sebelum ini.

Namun, bagi mereka yang baharu dijangkiti, lebih banyak kes penyakit teruk boleh berlaku dalam jangka panjang susulan pengambila­n vaksin selepas dijangkiti denggi, kata Sanofi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia