Berita Harian

Selepas protes, Netanyahu gesa gubal rang undang-undang ubah kuasa polis

-

Baitulmaqd­is: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kelmarin menggesa perubahan terhadap undang-undang kontrovers­i yang disifatkan pembangkan­g direka khusus membantuny­a terlepas daripada siasatan polis selepas puluhan ribu rakyat mengadakan bantahan terhadap kepimpinan­nya.

Netanyahu berdepan dua siasatan rasuah berasingan, menjurus spekulasi jika beliau akhirnya terpaksa meletak jawatan.

Parlimen sedang meneliti perundanga­n yang akan mengehadka­n kuasa polis membuat cadangan kepada peguam negara untuk mendakwa suspek atau tidak.

Di laman Facebookny­a kelmarin, Netanyahu menggesa perubahan terhadap rang undangunda­ng bagi menjadikan­nya jelas ‘tidak membabitka­n siasatan terkini terhadap beliau.’

Katanya, beliau menggesa perubahan itu kerana tidak mahu undang-undang ‘digunakan untuk tujuan propaganda.’

Disoalenam­kali

Netanyahu seolah-olah mengkritik polis apabila mengatakan dakwaan terhadapny­a diputuskan terlebih dulu tanpa mengam- bil kira bukti.

Pemimpin berusia 68 tahun itu sudah disoal polis enam kali berhubung siasatan, namun menganggap dirinya tidak bersalah.

Kenyataan dibuat selepas puluhan ribu rakyat mengadakan protes jalanan di Tel Aviv membantah dakwaan rasuah dalam kerajaan Netanyahu.

Minggu lalu, parlimen Israel meluluskan bacaan pertama rang undang-undang, yang akan mengubah amalan semasa di mana pada akhir siasatan, polis diminta memaklumka­n peguam negara jika mereka berpendapa­t memiliki bukti cukup mene- ruskan pendakwaan.

Rang undang-undang itu mensyaratk­an peguam negara meminta polis memberi input, namun tidak boleh didedahkan kepada umum.

Polis kini menyiasat Netanyahu yang disyaki menerima hadiah mewah daripada penyokong kaya serta dakwaan beliau melakukan perjanjian rahsia untuk liputan dengan seorang penerbit akhbar.

Sekutu Netanyahu turut disiasat polis sebagai sebahagian siasatan berasingan berkaitan pembelian kapal selam Jerman.

 ??  ?? Pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon (kanan) dan F-35A Lightning IIS (kiri) milik AS yang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraa­n bermula semalam.
Pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon (kanan) dan F-35A Lightning IIS (kiri) milik AS yang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraa­n bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia