Berita Harian

Peluang Griezmann menonjol

Promosi diri di Stamford Bridge untuk laluan beraksi di EPL musim depan

-

Pada saat Antoine Griezmann berharap untuk kembali menghidupk­an peluang tipis Atletico Madrid dalam Liga Juara-juara di Stamford Bridge, pentas berkenaan juga tersedia buat pemain Perancis itu menampilka­n bakatnya kepada kelab Liga Perdana Inggeris yang berminat.

Atletico perlu menewaskan Chelsea di London, awal pagi ini dan berharap Roma tidak menewaskan pendatang baharu Liga Juara-juara, Qarabag di ibu kota Itali jika mereka mahu layak ke kelompok 16 terakhir buat kali kelima berturut-turut.

Ancaman kewangan

Ancaman kewangan sekiranya tersingkir awal akan dihadapi Atletico yang baharu berpindah ke stadium baharu bernilai 310 juta euro (RM1.502 bilion), Wanda Metropolit­ano awal musim ini, boleh memberi ruang buat Griezmann berhijrah dari ibu kota Sepanyol itu.

Namun, jika tidak demi setianya kepada Atletico terutama jurulatih Diego Simeone, Griezmann sudah boleh keluar pada musim panas lalu.

Beberapa kelab diketuai Manchester United, tampak sanggup memenuhi klausa pembelian semula 100 juta euro (RM484 juta), namun apabila rayuan Atletico terhadap penggantun­gan pembelian pemain ditolak pada Jun, Griezmann bersetuju untuk kekal.

Gembira di Atletico

Griezmann mengakui pada ketika itu, adalah sesuatu yang ‘kotor’ untuk meninggalk­an Atletico apabila mereka tidak boleh menggantik­annya apatah lagi kelab itu yang membawanya ke kelompok elit bola sepak Eropah selepas membelinya dari Real Sociedad pada 2014.

“Sejak beberapa bulan nama saya dikaitkan dengan Manchester United,” kata Griezmann dalam autobiogra­fi miliknya ‘Behind the Smile’.

“Akhbar Inggeris berkata mereka sanggup membayar EUR100 juta (RM484 juta), iaitu klausa pelepasan saya.

“Saya tidak akan membuang masa menafikann­ya. Tidak kira berapa kali saya ulangi yang saya gembira di Atletico, yang saya ada jurulatih hebat dan rakan yang hebat, mereka asyik bertanya mengenai masa depan saya,” katanya.

 ??  ?? Antoine Griezmann
Antoine Griezmann

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia