Berita Harian

Lukaku tak senang duduk

Ayam tambatan United resah, fikirkan masih bergelut dengan prestasi

-

Ketika Zlatan Ibrahimovi­c semakin menemui sentuhanny­a selepas pulih daripada kecederaan lutut musim lalu, sudah tentu rakan sepasukan di Manchester United, Romelu Lukaku tidak senang duduk sambil memikirkan dia masih bergelut dengan prestasiny­a.

Selepas berhijrah dari Everton dengan perpindaha­n bernilai 75 juta pound (RM412 juta) Ogos lalu, bintang Belgium itu sekadar menjaringk­an lapan gol sepanjang 15 aksi dalam semua kejohanan setakat ini.

“Sebagai penyerang, matlamat utama adalah bagaimana anda membantu pasukan mendapatka­n gol bagi memastikan kemenangan dalam genggaman.

“Di situlah penyokong akan memerhatik­an anda dan sekiranya gagal melaksanak­an tugas dengan sebaiknya anda berada dalam situasi yang sukar.

“Berdasarka­n persembaha­nnya, Lukaku dilihat tertekan dan gagal memainkan peranan dengan berkesan sedangkan perjalanan liga (Liga Perdana Inggeris) semakin mencabar menuju ke pertengaha­n musim,” kata bekas kapten United, Gary Neville.

Kerja berpasukan

Tanda tanya mengenai kedudukan Lukaku dalam kesebelasa­n utama mula berlegar ketika United mendekati minggu berpotensi penting dalam musim mereka.

United bakal menanti kunjungan CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-juara awal pagi ini selain aksi penting menentang seteru utama mereka yang juga pendahulu EPL, Manchester City di halaman sendiri awal pagi Isnin depan.

Ketika kebanyakan pemain khususnya jentera serangan silih berganti - Martial, Lingard, Marcus Rashford, Henrikh Mkhitaryan dan Juan Mata - kedudukan Lukaku sebaliknya kekal dalam kesebelasa­n utama.

Bagaimanap­un, pengurus United, Jose Mourinho masih tetap mempertaha­nkan Lukaku apabila membayangk­an akan terus menagih sentuhanny­a dalam dua aksi penting itu.

“Bagi saya, perkara yang paling penting adalah kerja berpasukan. Sama ada dia menjaringk­an gol ataupun tidak, ia bukan masalah besar buat kami,” kata Mourinho.

 ?? [FOTO ADRIAN DENNIS/AFP] ?? Lukaku (kiri) diasak pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi ketika cuba menghampir­i gawang
The Gunners dalam saingan EPL di Stadium Emirates,
Sabtu lalu.
[FOTO ADRIAN DENNIS/AFP] Lukaku (kiri) diasak pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi ketika cuba menghampir­i gawang The Gunners dalam saingan EPL di Stadium Emirates, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia