Berita Harian

Akhiri penantian 10 tahun

Skuad wanita raih emas di Las Vegas ketepikan Singapura

- Oleh Fabian Peter

Skuad boling wanita negara mengakhiri penantian 10 tahun apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Malaysia yang diketuai pemain berpengala­man, Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Sin Li Jane dan Natasha Roslan menewaskan Singapura pada saingan final dengan keputusan 214-209, 188-177.

Ia adalah pingat ketiga keseluruha­n buat Malaysia dalam kejohanan kali ini, selepas memenangi pingat perak dalam acara beregu wanita (Shalin dan Li Jane) serta All Event wanita (Siti Safiyah), pada minggu lalu.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas berpasukan dalam kejohanan ini adalah pada 2007 di Monterrey, Mexico dan sebelum itu pada 2003 di Kuala Lumpur.

Dalam kejohanan kali ini, Malaysia melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas berada di tempat kedua, apabila mengumpul 6,227 jatuhan pin, selepas beraksi dalam dua blok daripada enam permainan, dua hari lalu.

Buru pingat Masters

Dalam peringkat empat pasukan terakhir, Malaysia menerima cabaran sengit Colombia, tetapi pasukan kebangsaan berjaya menampilka­n persembaha­n mengagumka­n apabila merakam kemenangan 198-207, 248-168, 182-181 di Plaza Boling South Point.

Ketua jurulatih boling negara, Holloway Cheah yang meletakkan sasaran memenangi pingat acara berpasukan berkata: “Kami kekal fokus dan kekal untuk mencapai sasaran kami. Ia adalah bagus kerana keyakinan pasukan sangat tinggi.”

Kali terakhir Malaysia menaiki podium dalam acara ini adalah pada 2013 di Henderson, Nevada apabila Shalin, Siti Safiyah, Jacqueline Sijore, Esther Cheah, Li Jane dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi meraih gangsa.

Susulan kemenangan itu, Holloway yakin satu lagi pingat dalam acara Masters akan diraih hari ini.

“Sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik dalam acara berpasukan dan pemain wanita ini sudah berjaya membuktika­nnya,” katanya.

Saya yakin kami juga mempunyai peluang baik dalam acara Masters,” katanya.

 ??  ?? Skuad boling wanita negara diketuai Shalin Zulkifli selepas menewaskan Singapura pada saingan final Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, semalam.
Skuad boling wanita negara diketuai Shalin Zulkifli selepas menewaskan Singapura pada saingan final Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia