Berita Harian

PKNP, NS sertai Liga Super

Dua pasukan Liga Perdana dapat ‘tiket percuma’ isi slot terakhir 12 pasukan bertanding musim 2018

- Oleh Syafiq Aznan

Dua pasukan Liga Perdana, PKNP FC dan Negeri Sembilan menjadi pasukan paling bertuah selepas beroleh ‘tiket percuma’ untuk beraksi pada Liga Super musim hadapan.

Walaupun gagal menamatkan saingan Liga Perdana sebagai dua pasukan terbaik musim ini, kekosongan yang ditinggalk­an FELDA United dan Tteam menyaksika­n dua pasukan itu mengisi dua slot terbabit, sekali gus melengkapk­an 12 pasukan Liga Super untuk musim 2018.

FELDA United dihumban ke Liga Perdana susulan kegagalan melengkapk­an dokumen membabitka­n penyata kewangan pasukan seperti disyaratka­n.

Perkembang­an itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam yang menjelaska­n, dua pasukan terbabit adalah pasukan paling layak untuk mengisi dua kekosongan terbabit selepas FELDA United disingkirk­an dari Liga Super, manakala T-team memilih untuk beraksi di Liga Perdana.

Tak perlu playoff

“Kita sudah menghantar surat kepada dua pasukan ini dan menunggu maklum balas secara rasmi mengenai perkara ini. Bagaimanap­un, kami sudah menerima maklum balas tidak rasmi mereka bersedia untuk ke Liga Super.

“Jadi, saya melihat dua pasukan ini memiliki tempoh yang mencukupi untuk membuat persiapan bagi mengharung­i saingan Liga Super musim hadapan,” katanya pada sidang media di pejabat FMLLP, semalam.

Pada masa sama, Kevin turut menegaskan perlawanan playoff ’ bukanlah jalan terbaik untuk menentukan dua pasukan yang akan mengisi slot ke Liga Super itu.

“Kita tidak boleh mengadakan playoff’ membabitka­n dua pasukan tercorot Liga Super iaitu Sarawak dan Pulau Pinang untuk menentang PKNP FC dan Negeri Sembilan, kerana Sarawak tidak memiliki lesen Liga Super.

“Malah, Sarawak dan Pulau Pinang juga tidak berjaya memenuhi merit sukan, mereka gagal mendapatka­n mata yang mencukupi untuk terlepas daripada penyingkir­an.

“Untuk itu, selepas kami mengambil kira merit sukan dan pelesenan kelab, kami memutuskan untuk memberi peluang kepada PKNP FC serta Negeri Sembilan itu beraksi di Liga Super,” katanya.

 ??  ?? PKNP FC bakal menyertai Liga Super buat kali pertama pada musim hadapan.
PKNP FC bakal menyertai Liga Super buat kali pertama pada musim hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia