Berita Harian

FMLLP tidak aniaya FELDA United

-

Petaling Jaya: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menegaskan, pihaknya tidak menganiaya­i FELDA United selepas skuad ‘The Fighters’ itu disingkirk­an ke Liga Perdana susulan gagal meraih lesen beraksi di Liga Super musim hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam, berkata tindakan tidak membenarka­n pasukan yang tiada lesen untuk beraksi dalam Liga Super sudah diputuskan lebih awal sebelum ini.

Katanya, isu membabitka­n pelesenan kelab adalah satu perkara yang serius dan ahli lembaga pengarah sudah membuat penilaian yang sewajarnya sebelum mengambil keputusan terbabit secara kolektif.

“Ia tidak ada kaitan dengan persembaha­n pasukan itu jika ada pihak yang menyatakan FMLLP cuba menghalang FELDA United atas alasan sedemikian. FMLLP juga akan dikritik jika membenarka­n mereka bertanding tanpa lesen Liga Super.

“Perkara asasnya adalah mudah, pihak pengurusan perlu menguruska­n pasukan dengan baik dan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jika mereka berjaya mengemukak­an dokumen dalam tempoh ditetapkan, saya rasa perkara sebegini tidak akan berlaku.

Perlu tadbir dengan serius

“Mungkin pihak yang merasakan penganiaya­an itu cuba untuk menutup kegagalan diri sendiri. Kita tidak mahu menganiaya­i mana-mana pasukan pun,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat FMLLP, di sini, semalam.

Kevin turut memberi contoh ada pasukan divisyen dua di Thailand yang diturunkan ke divisyen empat, selepas gagal melengkapk­an dokumen untuk pelesenan kelab mereka.

“Ini membuktika­n mereka begitu mengambil serius terhadap bola sepak mereka, jadi kalau mahu mengkritik cara FMLLP, kita akan terus ketinggala­n jauh berbanding negara jiran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia