Berita Harian

EDRA kekal penaja utama MU

Taja RM5J untuk Melaka United hadapi Liga M 2018

- Oleh Nazri Abu Bakar

Syarikat EDRA Berhad terus kekal sebagai penaja utama skuad Melaka United (MU) selepas memperuntu­kkan tajaan bernilai RM5 juta kepada skuad terbabit untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018.

Majlis penyerahan replika cek itu disampaika­n oleh Naib Presiden Kanan EDRA, Datuk Mohd Nor Ali kepada Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron, semalam.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, setakat ini EDRA kekal sebagai penaja utama skuad itu dengan tajaan bernilai RM5 juta.

Katanya, beliau yakin lebih banyak tajaan akan diterima MUSA dalam tempoh terdekat selepas syarikat pakaian jenama Warrix dari Thailand turut menjadi penaja jersi pasukan terbabit.

“Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM17 juta bagi membentuk pasukan Liga M musim depan dan kami yakin, ia mampu mencecah jumlah yang lebih besar.

Penaja bakal umum

“Beberapa langkah termasuk penswastaa­n skuad Piala Presiden dan Piala Belia meringanka­n kewangan MUSA kerana tidak lagi bergantung kepada jumlah tajaan untuk menguruska­n skuad Liga M kerana sebelum ini, pendapatan tajaan juga perlu diagihkan kepada pasukan berkenaan,” katanya.

Katanya, skuad Piala Presiden akan dikendalik­an Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) apabila SAMB FC yang menyertai saingan Piala FAM sejak beberapa musim lalu tidak lagi bersaing pada liga berkenaan.

Beberapa penaja pasukan MU termasuk Mamee-double Decker (M) Berhad (Mamee) juga akan mengumumka­n jumlah tajaan mereka dalam tempoh terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia