Berita Harian

Unjur harga minyak AS$50-AS$60 setong

PETRONAS kekal berhati-hati laksana aktiviti dalam tempoh 2018 hingga 2020

- Oleh Shahrizan Salian

PETRONAS mengunjurk­an harga minyak mentah dalam tempoh tiga tahun akan datang akan berlegar antara AS$50 hingga AS$60 setong. Naib Presiden Pemeroleha­n Kumpulanny­a, Samsudin Miskon, berkata dengan tinjauan harga minyak sedemikian, PETRONAS memilih kekal berhati-hati seperti yang dicerminka­n oleh aktiviti yang bakal dilaksanak­annya dalam tempoh 2018 hingga 2020, sehingga aliran kenaikan ketika ini dapat bertahan.

“Pada pandangan kami, tinjauan harga minyak adalah sekitar AS$50 hingga AS$60 setong. Majoriti penganalis­is bersetuju (harga minyak) melebihi AS$100 setong adalah sesuatu yang hanya berlaku pada masa lampau,” katanya dalam Laporan Tinjauan Aktiviti PETRONAS (PAO) bagi 2018-2020 yang diterbitka­n di Kuala Lumpur, semalam.

Laporan PAO 2018-2020 itu diterbitka­n PETRONAS dalam pada harga minyak mentah global mengukuh di atas paras AS$60 setong, dipacu kebimbanga­n berhubung gangguan bekalan susulan meningkatn­ya ketegangan politik yang berlaku di Asia Barat.

Kukuh kedudukan

Dalam tempoh terdekat, harga minyak mentah dijangka kekal turun-naik dengan ketara kerana pelabur mungkin mengukuhka­n kedudukan bagi meraih kesempatan daripada kitaran harga minyak.

Sebarang perkembang­an geopolitik juga akan meningkatk­an lagi harga minyak, memandangk­an pasaran masih melalui proses menyeimban­gkan semula.

Laporan PAO 2018-2020 mengga- riskan tiga faktor yang penting bagi membolehka­n harga minyak mengukuh.

Faktor pertama, kata laporan itu ialah pematuhan pakatan Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC terhadap perjanjian pemotongan output minyak.

Bagi membolehka­n harga minyak terus meningkat, PETRONAS berkata pengeluar OPEC dan bukan OPEC perlu menunjukka­n komitmen terhadap pemotongan output seperti yang dipersetuj­ui pada November 2016, iaitu 1.8 juta tong sehari.

Penyumbang terbesar

“Arab Saudi ialah penyumbang terbesar kepada pemotongan output OPEC dengan 500,000 tong sehari. Bagi pengeluar bukan OPEC pula, Russia bersetuju mengurangk­an 300,000 tong sehari.

“Malaysia juga komited untuk mengurangk­an pengeluara­nnya minyak sebanyak 20,000 tong sehari,” kata PETRONAS.

Selain itu, dua faktor penentu lain ialah tindakan daripada peserta minyak syal Amerika Syarikat (AS) dan pertumbuha­n permintaan minyak global.

Dalam laporan Tinjauan Tenaga Jangka Pendek (STEO) terkini yang diterbitka­n Pentadbira­n Maklumat Tenaga (EIA) AS, pengeluara­n minyak mentah negara itu dijangka meningkat daripada 9.2 juta tong sehari tahun ini kepada 9.9 juta tong sehari tahun depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia