Berita Harian

Sandaran masa depan PETRONAS

Dijadual beroperasi 2019, jadi pemangkin utama kepada pertumbuha­n masa hadapan

- Oleh Shahrizan Salian

Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) yang dijadual beroperasi pada 2019, akan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuha­n masa hadapan PETRONAS.

Laporan Tinjauan Aktiviti PETRONAS (PAO) bagi 2018-2020 menjelaska­n disebabkan oleh saiz PIC, aktiviti di kompleks itu dijangka meningkat sekali ganda sebaik saja operasinya bermula.

“Dianggarka­n dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, kompleks itu akan merangsang pembanguna­n urbanisasi baharu dengan aktiviti sampingan yang memberi manfaat, khususnya komuniti tempatan,” kata PETRONAS di dalam laporan itu yang diterbitka­n semalam.

PIC adalah antara projek pembanguna­n minyak dan gas terbesar di rantau ini, selain pelaburan hiliran terbesar PETRONAS setakat ini.

Ia menempatka­n kompleks Pembanguna­n Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia (RAPID) yang merangkumi kompleks penapisan minyak mentah bersepadu, perekah naphtha dan petrokimia.

PIC disokong oleh kemudahan lain yang terdiri daripada Loji Janaan Bersama Pengerang (PCP), Terminal Regasifika­si 2 (RGT2), Projek Air Mentah RAPID (PAMER), Unit Pemisahan Udara (ASU), Terminal Perairan Dalam Pengerang (PDT2), selain Kemudahan dan Utiliti Berpusat (UF).

Rangsang pertumbuha­n

Dengan pelaburan mencecah AS$27 bilion, PIC menyokong Program Transforma­si Ekonomi (ETP) dan akan merangsang pertumbuha­n sektor hiliran minyak dan gas negara, sekali gus melonjakka­n Malaysia ke arah era baharu pembanguna­n ekonomi dan teknologi.

PIC bukan hanya akan menampung permintaan domestik bagi produk petroleum, malah memenuhi keperluan masa depan kerajaan dengan pelaksanaa­n spesifikas­i Euro 5 bagi bahan bakar dan diesel.

Ia dijangka memanfaatk­an peningkata­n keperluan bagi produk petroleum di Asia dalam tempoh 20 tahun akan datang.

PETRONAS menerbitka­n laporan PAO 2018-2020 bagi berkongsi perspektif­nya terhadap trend industri, tinjauan permintaan dan aktiviti dirancang untuk tiga tahun akan datang.

Laporan itu, yang diterbitka­n bagi menambah baik aliran maklumat pasaran, adalah sebahagian usaha PETRONAS untuk mempromosi dan menggalakk­an sektor Perkhidmat­an dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) lebih mantap, berdaya tahan dan berdaya saing.

Naib Presiden Pemeroleha­n Kumpulan PETRONAS, Samsudin Miskon, berkata ketidakten­tuan dalam industri minyak dan gas kekal menjadi satu topik perbin- cangan berterusan.

Beliau berkata, penting bagi peserta industri memahami trend utama sebagai barometer di dalam industri.

Bantu imbangi aktiviti pasaran

“Usaha PETRONAS menangani ketidakten­tuan ini adalah melalui ketelusan maklumat, yang akan membantu menyeimban­gkan semula aktiviti pasaran.

“Ini akan memberi impak secara positif ekosistem penyokong seperti pelaburan dan pembiayaan, yang penting bagi menggalakk­an sektor OGSE sedang berkembang maju,” katanya.

Usaha PETRONAS mengurangk­an kos dan meningkatk­an tahap kecekapan melalui inisiatif transforma­si dalaman seperti CACTUS, CORAL 2.0, pendigital­an dan kerjasama industri, mula menunjukka­n keputusan positif bagi menjamin kemampanan jangka panjang industri.

 ?? [ FOTO IHSAN PETRONAS ] ?? PIC adalah antara projek pembanguna­n minyak dan gas terbesar PETRONAS di rantau ini.
[ FOTO IHSAN PETRONAS ] PIC adalah antara projek pembanguna­n minyak dan gas terbesar PETRONAS di rantau ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia