Berita Harian

Sektor pembuatan Malaysia paling rancak dalam 43 bulan

-

Indeks Pengurus Pembuatan Nikkei Malaysia (PMI) meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 43 bulan iaitu 52.0 pada November berbanding 48.6 pada Oktober, didorong oleh peningkata­n keadaan permintaan domestik dan luar negara.

Kenaikan indeks PMI itu juga merekodkan angka di atas ambang 50.0 buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan pada November.

Penyedia perkhidmat­an maklumat dan analisis, IHS Markit yang mengendali­kan kaji selidik terbabit berkata, data November turut menunjukka­n peningkata­n paling kukuh bagi sektor pembuatan Malaysia sejak April 2014.

Selain itu, pakar ekonominya, Aashna Dodhia, berkata perkembang­an positif itu turut menggalakk­an peningkata­n jumlah pekerjaan pada kadar paling kukuh sejak Disember 2012.

“Bagaimanap­un, tekanan inflasi terbukti menjadi kekangan kepada prestasi perniagaan, termasuk adanya laporan mengenai kesukaran pembekal mendapatka­n bahan mentah,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Peningkata­n permintaan

Berikutan itu, Dodhia berkata, prestasi vendor turut terjejas buat pertama kalinya dalam masa tiga bulan.

Selain itu, beliau berkata, tempahan baharu bagi eksport meningkat pada kadar kedua terpantas dalam sejarah dan sekali gus memaparkan peningkata­n permintaan terhadap barangan Malaysia di luar negara.

“Momentum pertumbuha­n di Malaysia secara keseluruha­nnya berkemungk­inan besar akan kekal sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia