Berita Harian

MIDF bantu PKS hadapi industri 4.0

-

Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) akan terus membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menghadapi gelombang Revolusi Perindustr­ian 4.0 (Industri 4.0) dengan meluluskan sejumlah RM2.1 bilion di bawah Skim Pinjaman Mudah bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong, berkata kerajaan memperuntu­kkan sejumlah RM1.1 bilion untuk SLSAM setakat ini manakala RM450 juta akan ditawarkan bagi tempoh antara 2018 hingga 2020.

“Setakat ini, MIDF telah meluluskan RM2.1 bilion di bawah SLSAM yang memberi manfaat kepada 569 syarikat di seluruh Malaysia,” katanya selepas merasmikan Seminar Mengenai Insentif Automasi di bawah Bajet 2018 di Seberang Jaya, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Tee Yong berkata, MIDF akan terus menyokong syarikat tempatan dalam usaha mengharung­i persaingan menerusi penawaran pelbagai pakej bantuan kewangan, termasuk menguruska­n skim pinjaman mudah berjumlah RM2.4 bilion ketika ini.

“Pinjaman itu akan menjadikan mereka lebih inovatif dan melaksanak­an kecekapan kos dalam aktiviti pengeluara­n dan perkhidmat­an penghantar­an sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 itu,“katanya.

Perubahan ekonomi global

Beliau berkata, kerajaan turut meletakkan MIDF untuk memberi tumpuan kepada usaha menggalakk­an dan membantu lebih banyak syarikat tempatan khususnya PKS melaksanak­an usaha automasi serta bersedia ke arah Industri 4.0 agar relevan dalam tempoh lima hingga 10 tahun dalam kepesatan perubahan ekonomi global.

“Pasaran domestik Malaysia menjadi terlalu kecil untuk perdaganga­n syarikat tempatan dan keupayaan untuk bersedia melakukan eksport sememangny­a amat penting untuk mereka.

“Sehubungan itu, saya menggesa syarikatte­mpatan untuk lebih proaktif dalam meningkatk­an produktivi­ti menerusi pelaksanaa­n automasi serta meneroka pasaran eksport secara lebih agresif,” katanya.

Tee Yong turut menyifatka­n pengumuman Bajet 2018 baru-baru ini sebagai amat penting kepada masyarakat perniagaan kerana membabitka­n sokongan kepada semua sektor, khususnya PKS dengan jumlah peruntukan bagi segmen itu mencecah RM22.2 bilion.

Malah, di peringkat global, beberapa sektor semakin agresif ke arah Industri 4.0 seperti elektrik & elektronik, automotif, pembuatan industri, bahan kimia, logistik dan kejurutera­an serta pembinaan dengan jumlah pelaburan dianggarka­n mencecah AS$907 bilion sehingga 2020.

“Kerajaan melaksanak­an usaha dengan menawarkan pelbagai insentif untuk melonjakka­n industri tempatan, termasuk PKS bagi mencapai tahap Industri 4.0 serta bersedia bagi pasaran global yang lebih sengit,“katanya.

MIDF juga institusi pembanguna­n kewangan utama di negara ini, sudah membantu sebanyak 10,624 syarikat tempatan dengan meluluskan pinjaman berjumlah RM13.9 bilion sejak penubuhann­ya pada 1960.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia