Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Minyak susut semalam selepas penggerudi minyak syal Amerika Syarikat (AS) menambah lebih banyak pelantar minggu lalu, tetapi harga masih ditutup hampir pada paras tertinggi sejak pertengaha­n tahun 2015.

Ia disokong oleh lanjutan perjanjian penguranga­n bekalan yang dipersetuj­ui Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain.

Penggerudi di AS menambah dua lagi pelantar dalam minggu berakhir 1 Disember lalu, dan membawa kepada jumlah keseluruha­n sebanyak 749, yang tertinggi sejak September, menurut firma perkhidmat­an tenaga, Baker Hughes.

U.S. West Texas Intermedia­te susut 46 sen, atau 0.8 peratus kepada AS$57.90 setong. Niaga hadapan Brent susut 39 sen, atau 0.6 peratus AS$63.34 setong.

Jumlah pelantar minyak AS, petunjuk awal hasil bekalan, meningkat dengan mendadak daripada 477 pelantar aktif tahun lalu selepas syarkat tenaga meningkatk­an pelan perbelanja­an bagi tahun 2017.

Penggerudi digalakkan meningkatk­an aktiviti berikutan harga minyak mentah kembali pulih daripada kejatuhan sepanjang tahun berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Minggu lalu, pengeluar bersetuju untuk melanjutka­n penguranga­n sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga akhir tahun ini.

“Lanjutan pertumbuha­n pengeluara­n AS dan permintaan kukuh minyak mentah global pada tahun 2018 kekal menjadi ketidakpas­tian utama,” kata BMI Research dalam satu kenyataan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia