Berita Harian

Ekspedisi Batu Timbang temui spesies baharu pepatung

Penemuan serangga rekod baharu untuk Malaysia

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Ekspedisi Saintifik Batu Timbang dalam Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA) di Tongod, dijalankan pada Ogos lalu, merekodkan satu penemuan baharu spesies pepatung yang sebelum ini hanya ditemui di Kalimantan, Indonesia.

Pengkaji pepatung dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Choong Chee Yen, berkata penemuan serangga dikenali dengan nama saintifik lestes praevius itu, adalah rekod baharu Malaysia menambahka­n kepelbagai­an spesies berkenaan di negara ini.

Beliau berkata, ia adalah antara 62 spesies pepatung yang ditemui sepanjang 10 hari kajian saintifik di kawasan berkenaan membabitka­n 177 pengkaji tempatan dalam pelbagai bidang kepakaran.

“Kajian ini memberi hasil penting kerana kita berjaya merekodkan spesies pepatung yang sebelum ini tidak ditemui di Malaysia. Lestes praevius sebelum ini dilaporkan ditemui di Kalimantan, tetapi sebenarnya ia ada di Kanyon Imbak.

68 spesies keseluruha­n

“Ini secara tidak langsung menambahka­n lagi jumlah speseis pepatung di Malaysia. Bagi kawasan Imbak Kanyon sahaja ada 68 spesies keseluruha­n,” katanya ketika ditemui pada Seminar Saintifik Batu Timbang anjuran Yayasan Sabah, semalam.

Seminar yang membentang­kan hasil kajian saintifik berkenaan dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.

Chee Yen berkata, sekurangku­rangnya, empat daripada spesies yang ditemui sepanjang kajian itu adalah endemik kepada Sabah.

“Satu spesies dengan nama saintifik telosticta janeus sangat istimewa kerana hanya boleh ditemui di Kanyon Imbak dan Lembah Danum,” katanya.

Sementara itu, peserta ekspedisi, Jarry K Lajanga, berkata ekspedisi berkenaan membolehka­n pengkaji turut melihat potensi pelanconga­n dan pembanguna­n di Pusat Pembelajar­an Kanyon Imbak (ICSC).

Katanya, keindahan alam semula jadi yang belum terusik di kawasan Kanyon Imbak sangat berpotensi menarik kedatangan pengunjung, khususnya pencinta alam semula jadi untuk menerokai keindahan kawasan berkenaan.

“Kita akan mencadangk­an beberapa pendekatan yang boleh dilaksanak­an untuk menggalakk­an kedatangan pengunjung, termasuk pakej lawatan pelancong yang berminat ke Kanyon Imbak,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD IZHAM UNNIP ABDULLAH / BH ] ?? Chee Yen menunjukka­n gambar pepatung yang dirakam sepanjang 10 hari Ekspedisi Saintifik Batu Timbang, di Kanyon Imbak, Tongod.
[ FOTO MOHD IZHAM UNNIP ABDULLAH / BH ] Chee Yen menunjukka­n gambar pepatung yang dirakam sepanjang 10 hari Ekspedisi Saintifik Batu Timbang, di Kanyon Imbak, Tongod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia