Berita Harian

Kawasan pembalakan jadi hutan simpan

-

Kota Kinabalu: Yayasan Sabah membuat keputusan tepat menukar status sebahagian kawasan konsesi pembalakan­nya kepada hutan simpan dilindungi sepenuhnya sejajar usaha mengekalka­n keluasan hutan dan khazanah alam semula jadi di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata walaupun langkah itu menyebabka­n Yayasan Sabah dan kerajaan negeri kehilangan kira-kira RM1 bilion setahun daripada hasil balak, ia memberi kesan positif lebih besar.

Katanya, justeru Sabah memiliki kawasan hutan dilindungi terbesar di negara ini, iaitu 26 peratus daripada keluasan negeri, malah berjaya menjana aktiviti ekopelanco­ngan RM7.6 bilion, tahun lalu.

“Sebelum ini kita kehilangan RM1 bilion daripada aktiviti pembalakan, namun jumlah itu digantikan dengan hasil jauh lebih besar menerusi aktiviti pelanconga­n berikutan peningkata­n minat pelancong dengan alam semula jadi di Sabah.

Keputusan tepat Yayasan Sabah

“Yayasan Sabah membuat keputusan tepat menukar sebahagian konsesinya untuk tujuan perlindung­an walaupun hasilnya merosot dan hampir muflis satu ketika dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Batu Timbang, Kanyon Imbak dan Pelancaran Pelan Pengurusan Strategik Kanyon Imbak 2014-2023, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Alam Sekitar Yayasan Sabah, Dr Yap Sau Wai.

Masidi berkata, pencapaian negeri mengekalka­n kawasan hutan yang dilindungi sepenuhnya kepada 26 peratus ketika ini dan 30 peratus menjelang 2025, banyak dibantu inisiatif Yayasan Sabah menukar status kawasan konsesinya.

Sau Wai dalam ucapannya ketika mewakili Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata 64 peratus daripada keseluruha­n kawasan konsesi Yayasan Sabah kini adalah hutan perlindung­an termasuk Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak dan sekitarnya.

“Kawasan konsesi Yayasan Sabah berubah secara dramatik dalam aspek bentuk dan fungsi apabila berlaku peningkata­n ketara di kawasan untuk penebangan dan dimasukkan ke dalam kawasan pemulihara­an dan pengurusan khas.

“Tindakan ini perlu dilaksanak­an demi menjaga kelestaria­n alam semula jadi negeri ini, walaupun secara tidak langsung memberi kesan ke atas pendapatan Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya.

Sau Wai berkata, PETRONAS menyumbang RM83 juta menerusi kerjasama dengan Yayasan Sabah untuk melaksanak­an program pemulihara­an Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA) membabitka­n keluasan 27,599 hektar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia