Berita Harian

Kastam Sabah rampas 10,196 pil ecstacy

Dadah bernilai RM356,860 ditemui dalam sebuah bagasi dipercayai dikirim dari Belanda

- Oleh Ryan Stanley

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 10,196 pil ecstacy bernilai RM356,860 selepas memintas satu penghantar­an daripada Belanda di Cawangan Bungkusan Pos Kota Kinabalu di sini, pada Selasa minggu lalu.

Rampasan dibuat kirakira jam 12 tengah hari, membabitka­n dua bungkusan pil dianggar seberat empat kilogram yang ditemui dalam sebuah bagasi besar berisi pakaian terpakai.

Pengarah Kastam Sabah, Datuk Hamzah Sundang, berkata dadah terbabit ditemui pegawai kastam selepas pemeriksaa­n menggunaka­n mesin pengimbas.

“Hasil pemeriksaa­n menggunaka­n mesin pengimbas, kita dapati ada imej mencurigak­an di dalam bagasi yang disimpan di dalam kotak besar itu.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap bagasi itu mendapati ada ruang rahsia dengan dadah terbabit ditemui dalam satu bungkusan hitam di dalamnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Sabah, di sini, semalam.

Warga emas direman

Hamzah berkata, bungkusan itu dipercayai dikirim dari Belanda dan pakaian terpakai terbabit dipercayai hanya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bungkusan itu dialamatka­n untuk penghantar­an ke Sandakan, namun ia perlu melalui Kota Kinabalu terlebih dahulu bagi tujuan pemeriksaa­n,” katanya.

Susulan rampasan itu, Ham zah berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang datang ke lokasi terbabit untuk menuntut bungkusan berkenaan.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Katanya, ia adalah kes pertama pihak kastam membabitka­n cubaan menyeludup dadah menerusi bungkusan pos, pada tahun ini.

 ?? [ FOTO MOHD ADAM ARININ / BH ] ?? Hamzah (dua dari kanan) bersama pegawai kastam menunjukka­n pil ecstacy yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO MOHD ADAM ARININ / BH ] Hamzah (dua dari kanan) bersama pegawai kastam menunjukka­n pil ecstacy yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia