Berita Harian

Polis lupus kelengkapa­n judi siber RM1.2 juta

5,544 komponen dihapus selepas perbicaraa­n mahkamah selesai

- Oleh Suzianah Jiffar

Sebanyak 5,544 komponen barangan yang ada kaitan dengan jenayah judi siber, dianggarka­n bernilai RM1.2 juta yang juga barang kes di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, dilupuskan semalam.

Pelupusan 96 barang kes dalam tempoh 2006 hingga 2015 itu dibuat selepas semua perbicaraa­n berkaitann­ya di mahkamah selesai.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata komponen komputer termasuk komputer riba dan televisyen yang dilupuskan itu digunakan dalam judi siber.

“Bahan sisa buangan elektrik dan elektronik ini atau e-waste adalah barang yang tidak digunakan lagi.

Beri impak kepada kesihatan

“Ia dikategori­kan sebagai bahan buangan kerana mempunyai ciri mudah terbakar, boleh menghakis, toksik dan memberi impak kepada kesihatan manusia serta alam sekitar. Barang ini akan dihantar ke Shah Alam untuk pelupusan.

“IPD Kota Kinabalu mengambil tindakan melupuskan barang kes judi siber menerusi kaedah e-waste sejajar prosedur operasi standard (SOP) digariskan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini juga sesuai dengan konsep go-green yang diamalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini,” katanya di sini, semalam

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis pelupusan barangan kes di Stor Barang Kes Berpusat Ibu PejabatKon­tinjen (IPK) Sabah, di sini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Sazali Salbi; Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman dan Ketua Polis IPD Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra.

Ramli berkata, polis memandang serius kegiatan perjudian siber dan tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak atau individu yang bebas melakukan kegiatan judi siber di negeri ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ramli berkata, 22 termasuk seorang lelaki ditahan dalam operasi Ops Judi Khas yang dibuat IPD Kota Kinabalu bersama SPRM Sabah di beberapa lokasi sekitar bandar raya, pada Sabtu malam lalu.

Katanya, semua yang ditahan termasuk 21 wanita berusia antara 15 hingga 42 tahun, terbabit dalam kes judi nombor ekor haram.

“Sembilan premis yang diserbu dengan kebanyakan­nya adalah kedai runcit antaranya di Inanam, Karamunsin­g dan Tanjung Aru. Mereka berselindu­ng dengan membuat perniagaan lain, tetapi turut membuat aktiviti judi haram.

“Semua 22 yang ditahan itu adalah warga tempatan dan pekerja di premis terbabit, termasuk seorang remaja perempuan berusia 15 tahun. Antara barang yang dirampas dalam operasi itu seperti telefon bimbit, 73 keping kertas bertulis angka dan RM8,676,” katanya.

Semua ditahan reman sehingga 6 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) dan Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING / BH ] ?? Ramli (tengah), selepas sidang media sempena majlis pelupusan barangan kes di Stor Barang Kes Berpusat IPK Sabah, di Kota Kinabalu.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING / BH ] Ramli (tengah), selepas sidang media sempena majlis pelupusan barangan kes di Stor Barang Kes Berpusat IPK Sabah, di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia