Berita Harian

Kaedah Presiden tangkis tohmahan wajar dicontohi

Jiwa kental, tenang hadapi serangan pembangkan­g

-

Seorang perwakilan semalam menyifatka­n Datuk Seri Najib Razak sebagai anugerah daripada Allah SWT.

Wakil UMNO Terengganu, A Latiff Awang, berkata kaedah kepemimpin­an Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangkis tohmahan dan fitnah pembangkan­g wajar dicontohi.

“Presiden kita bersahaja menangani masalah dan cabaran mendatang. UMNO perlu bersyukur beliau mempunyai jiwa kental, sentiasa tenang ketika diserang pembangkan­g.

“Saya yakin kekuatan UMNO dapat bertahan lama kerana ada pemimpin bijak dan istiqamah. Lahirnya pemimpin seperti ini adalah anugerah Allah kepada kita,” katanya ketika membahaska­n ucapan dasar Presiden, semalam.

Utama kebajikan anak Melayu

Sementara itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, berkata UMNO dan Melayu tidak dapat dipisahkan berikutan masing-masing saling memerlukan demi masa depan bangsa dan negara.

“UMNO jelas mengutamak­an ke- bajikan anak Melayu sejak dahulu, kini dan selamanya.

“Jadi, rakyat perlu sepakat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesinambun­gan kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Namun jangan kita leka, UMNO perlu terus turun padang ke semua kawasan dan pelosok negara, tidak kira bandar atau kampung, kena laksanakan tugas masing-masing. Perjalanan bangsa masih jauh, tiada titik noktah.

“Roh perjuangan tidak berubah, masih relevan dengan situasi terkini.

“Ia selama-lamanya berpaksika­n agama, bangsa, tanah air. Selagi Melayu berkuasa, selagi itu Melayu tak akan hilang di dunia,” katanya.

 ??  ?? Perwakilan bersemanga­t ketika mendengar ucapan Presiden, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017, semalam.
Perwakilan bersemanga­t ketika mendengar ucapan Presiden, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017, semalam.
 ??  ?? A Latiff Awang,
Wakil UMNO Terengganu
A Latiff Awang, Wakil UMNO Terengganu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia