Berita Harian

Whatsapp, Telegram platform terbaik dekati pengundi

-

yakin platform Whatsapp dan Telegram adalah perantara media sosial terbaik, mendekati pengundi dan menyebarka­n kempen digital kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata platform itu paling banyak dan berkesan untuk digunakan sebagai saluran kempen digital kerana maklumat mudah disampaika­n kepada rakyat.

“UMNO dan BN perlu menggandak­an usaha menggunaka­n kempen digital yang lebih kreatif untuk memerangi perang persepsi pada pilihan raya akan datang.

“Sebagai contoh, saya sendiri ada 120 kumpulan Whatsapp. Melihat kepada ini, dulu kita ambil masa seminggu untuk dapat berita, tetapi hari ini melalui kumpulan itu, benda yang berlaku sejam atau dua jam sudah tersebar dan boleh diolah unit IT (teknologi maklumat).

“Kita sudah menyiapkan maklumat dalam bentuk infografik untuk menjawab isu yang disebarkan. Jadi kita kena kuasai media sosial,” katanya pada Program Bual Bicara Perhimpuna­n Agung UMNO bertajuk ‘PRU14: Medan Perang Siber’ dikendalik­an Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh.

Konsisten jawab fitnah

Abdul Rahman berkata, UMNO perlu konsisten menjawab fitnah dunia maya menggunaka­n pendekatan menarik.

“Contohnya, kenyataan menteri mengenai dasar kerajaan mudah viral dan difitnah pihak tertentu kerana mereka perlukan masa panjang untuk menerangka­n sesuatu isu. Itu sebabnya kita perlu konsisten. Rakyat akan hargai cerita benar daripada terjebak penipuan sama berulang kali.

“Kita ambil nasihat Perdana Menteri, satu daripada penentu kemenangan BN adalah media sosial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia