Berita Harian

Gamuda sasar jualan hartanah RM3.5 bilion

Pelancaran perbandara­n baharu dijangka pacu sasaran syarikat

- Oleh Farah Adilla

Gamuda Bhd menyasarka­n jualan hartanah RM3.5 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Julai 2018, berbanding RM2.4 bilion yang diraih pada 2017.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Lin Yun Ling, berkata unit hartanah syarikat dijangka mencatatka­n prestasi lebih baik tahun depan berikutan pelancaran beberapa perbandara­n baharu.

Ia, katanya termasuk Kundang Estates, kawasan kediaman butik seluas 89 ekar (36 hektar) dan Gamuda Gardens, perbandara­n bersepadu 810 ekar (327 hektar) di utara Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sumbangan semasa daripada projek dalam dan luar negara adalah 50:50, namun projek luar negara memberikan sumbangan baik kepada jualan hartanah kumpulan.

“Buat masa ini, projek luar negara kami mencatat prestasi agak baik. Dua pertiga keuntungan daripada segmen hartanah disumbangk­an projek luar negara kumpulan di Singapura, Hanoi, Ho Chi Minh dan Melbourne,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Shah Alam, semalam.

Saiz kontrak

Mengenai perniagaan pembinaan, Yun Ling berkata, kumpulan menjangka mengekalka­n saiz kontrak tahunan antara RM6 bilion dan RM8 bilion tahun depan.

Bagaimanap­un, katanya, ia menjangka berdepan tempoh yang semakin mencabar pada tahun akan datang kerana melihat kos sub kontrak meningkat disebabkan pertambaha­n projek pembinaan.

“Kami menjangkak­an harga sub kontrak akan berubah dalam dua ke tiga tahun akan datang apabila projek baharu lain bermula.

“Apabila ada banyak projek bermula, subkontrak­tor cenderung untuk menaikkan harga masing-masing dan kami sedang memantauny­a dari masa ke masa. Ia sesuatu yang perlu kami tangani dengan berhati-hati,” katanya.

Buat masa ini, beliau berkata, saiz kontrak dalam tangan Gamuda mencecah RM8 bilion, yang akan dilaksanak­an dalam tiga tahun akan datang.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Kundang Estates antara projek baharu Gamuda diyakini mampu lonjak perolehan kumpulan pada 2018.
[ FOTO HIASAN ] Kundang Estates antara projek baharu Gamuda diyakini mampu lonjak perolehan kumpulan pada 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia