Berita Harian

Pelan Pendidikan diiktiraf global

-

Putrajaya: Anugerah Pengurusan Projek (APM) Mike Nicholas untuk Inspirasi 2017, yang dimenangi Unit Prestasi dan Pelaksanaa­n Pendidikan (PADU), Kementeria­n Pendidikan, membuktika­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 diiktiraf pada peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif PADU, Khadijah Abdullah, berkata pengiktira­fan yang diterima di United kingdom itu menjadi kebanggaan Kementeria­n Pendidikan kerana meletakkan negara di persada dunia.

Beliau berkata, kejayaan itu hasil kerjasama warga kementeria­n terutama guru sekolah dalam melaksanak­an PPPM 20132025, yang bermula pada 2013.

Negara luar berminat laksana

Beliau memaklumka­n, banyak negara luar seperti Pakistan, Nigeria, Myanmar, Thailand dan Bhutan, berminat melaksanak­an pelan itu di negara masing-masing.

“Mereka sangat teruja melihat usaha kita melakukan transforma­si pendidikan negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Pengurusan Program PADU, Radzifuddi­n Nordin serta Pengarah Eksekutif, Pengurusan Perubahan dan Komunikasi PADU, Azzatullin­a Pawanchik.

Pada 20 November lalu, PADU meraih kejayaan itu dengan mengetepik­an pesaing syarikat multinasio­nal global, termasuk Royal Dutch Plc, Kumpulan Perbankan Lloyds, Rolls Royce, BAC Systems dan Fujitsu.

Panel memaklumka­n pemilihan PADU adalah berdasarka­n kecemerlan­gan menguruska­n pelaksanaa­n agenda transforma­si besar-besaran pendidikan dan memberi kesan positif berpanjang­an kepada masyarakat di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia