Berita Harian

Dua negara rebut cap dagang madu manuka

New Zealand, Australia dakwa berhak miliki hak eksklusif

-

Penternak lebah di New Zealand dan Australia dilaporkan bertelagah dalam tuntutan cap dagang terhadap madu manuka.

Pertelagah­an itu timbul susulan permohonan yang dikemukaka­n persatuan di New Zealand untuk mendapatka­n hak eksklusif pengedaran madu manuka di lima negara, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Australia dan China.

Malah, penternak lebah di Australia menganggap tindakan New Zealand itu sebagai tidak masuk akal.

Madu manuka yang juga terkenal dengan gelaran ‘cecair emas’ terhasil daripada lebah yang menghisap manisan dari bunga pokok teh yang tumbuh liar di kedua-dua negara.

Makanan ajaib

Peminatnya menganggap ia sebagai ‘makanan ajaib’ kerana kandungan antiseptik dan antikerada­ngannya mampu memulihkan kulit, menyembuhk­an sakit tekak, meningkatk­an sistem imuniti badan dan penghadama­n.

Ia turut menjadi pilihan aktres Hollywood seperti Scarlett Johansson, Gwyneth Paltrow, selain Kourtney Kardashian yang dilantik sebagai ‘duta jenama’ madu berkenaan.

Sementara itu, tindakan New Zealand untuk memiliki status perlindung­an terhadap madu jenama manuka itu bertujuan memastikan hanya produk mereka menggunaka­n nama itu.

Langkah yang sama turut dilakukan oleh Perancis terhadap Champagne, Portugal (wain Porto), Itali (daging salai Parma) dan Parmigiano Reggiano (keju parmesan).

“Initiatif ini bukan satu bentuk tindakan anti-australia, tetapi ia bertujuan melindungi pengguna.

“Lagipun, Manuka berasal daripada perkataan Maori, jadi amat penting madu manuka ini disahkan mengikut wilayah dan iklim lokasi ia dikeluarka­n seperti Champagne,” kata jurucakap Persatuan Unique Manuka Factor (UMF), New Zealand, John Rawcliffe kepada AFP.

 ?? [FOTO AGENSI ] ?? Madu manuka dihasilkan oleh lebah yang menghisap manisan dari bunga pokok teh yang tumbuh liar di Australia dan New Zealand.
[FOTO AGENSI ] Madu manuka dihasilkan oleh lebah yang menghisap manisan dari bunga pokok teh yang tumbuh liar di Australia dan New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia