Berita Harian

Taktik gempur Klopp menjadi

Liverpool bukti ketajaman jentera serangan belasah Spartak 7-0

-

Falsafah pengurus Liverpool, Juergen Klopp yang berasakan serangan adalah pertahanan terbaik membuahkan hasil yang cukup positif apabila anak buahnya membelasah Spartak Moscow 7-0 dalam saingan Liga JuaraJuara di Anfield, semalam.

Kemenangan 7-0 kedua dalam peringkat Kumpulan E itu selepas turut menewaskan Maribor di Slovenia dilihat sebagai peringatan awal mengenai bahaya jentera serangan The Reds.

Philippe Coutinho yang bermain di posisi tengah meledak hatrik manakala Sadio Mane yang bertindak di sayap kanan menjaringk­an dua gol.

Penyerang Mesir, Mohamed Salah turut meletakkan nama sebagai penjaring termasuk Roberto Firmino dengan anak buah Klopp mudah meratah kelab Russia itu.

“Tiada siapa terfikir ia akan berakhir dengan keputusan seperti ini. Spartak Moscow pasukan yang baik, saya tahu anda tidak akan fikir begitu sekarang tapi mereka sukar untuk ditewaskan.

Satu ancaman

“Kami membuka perlawanan dengan cukup baik dan selepas mendahului kami tidak perlu bertahan. Ia malam yang indah buat kami.

“Mendapat dua atau tiga gol awal sangat membantu. Saya beritahu pemain ketika waktu rehat, kami perlu buktikan kepada mereka yang kami sudah belajar daripada kesilapan dan perlu meneruskan rentak ini,” kata Klopp merujuk kepada keputusan seri 3-3 dengan Seville yang menyaksika­n lawan bangkit biarpun mereka mendahului 3-0.

Ditanya sama ada jentera seranganny­a kini boleh dianggap ancaman besar buat pasukan lawan, Klopp tampil dengan pendiriann­ya yang tersendiri.

“Jika kami bermain seperti ini, dalam detik ini, kami sentiasa tajam, sudah pasti ia akan menjadi ancaman. Namun, kami mempunyai barisan pemain yang sama dan tidak menjaringk­an gol,” kata Klopp.

 ??  ??
 ??  ?? Coutinho (kiri) menjaringk­an hatrik sementara Mane meledak dua gol di Anfield, semalam.
Coutinho (kiri) menjaringk­an hatrik sementara Mane meledak dua gol di Anfield, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia