Berita Harian

Giroud, Wilshere, Walcott tak dijual

-

London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan tidak akan menjual penyerang Olivier Giroud, pemain tengah Jack Wilshere dan pemain sayap Theo Walcott pada tempoh perpindaha­n pemain Januari ini meskipun jarang beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Trio skuad The Gunners itu kebanyakan­nya hanya diturunkan dalam kesebelasa­n utama bagi aksi Liga Europa dan Piala Liga musim ini dan masih belum berada dalam skuad utama bagi aksi EPL dengan Giroud tampil dalam 12 perlawanan sebagai pemain gantian manakala Wilshere (empat) dan Walcott (tiga).

Jarang beraksi dalam perlawanan liga utama itu akan mengakibat­kan mereka kehilangan tempat dalam pasukan masingmasi­ng ke Piala Dunia 2018 namun Wenger mengesahka­n trio pemain itu tidak akan meninggalk­an Emirates.

“Mereka perlu membuat keputusan, saya juga akan membuat keputusan sendiri,” kata Wenger kepada pemberita kelmarin.

Ozil bakal tamat kontrak

“Saya tidak boleh terlalu memikirkan mengenai kepentinga­n skuad kebangsaan. Saya mahu mengekalka­n skuad ini. Saya tidak mahu skuad ini menjadi lemah.

“Saya harus memikirkan segala kepentinga­n pemain tapi sudah pasti perkara utama adalah kepentinga­n kelab. Jika anda boleh seimbangka­n kedua-dua kepentinga­n ini lebih baik tapi apa yang lebih penting adalah kelab.”

Walcott, pemain antarabang­sa England sudah bersama Arsenal selama 11 tahun tapi bukan lagi pemain utama namun Wenger percaya, pemain berusia 28 tahun itu akan merampas kembali tempatnya.

Arsenal ada beberapa pemain yang bakal tamat kontrak dalam tempoh dua tahun lagi termasuk Alexis Sanchez, Aaron Ramsey, Mesut Ozil dan Petr Cech.

Reuters

 ??  ?? Olivier Giroud
Olivier Giroud
 ??  ?? Jack Wilshere
Jack Wilshere
 ??  ?? Theo Walcott
Theo Walcott

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia