Berita Harian

Dividen tinggi TNB baik untuk ekonomi

-

Pembayaran dividen yang tinggi oleh syarikat bermodal besar seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), memberi kesan positif kepada ekonomi memandangk­an ia merangsang perbelanja­an pengguna dan meningkatk­an sentimen pelabur, kata penganalis­is.

Berbilion-bilion dana akan mengalir ke dalam sistem, dengan pemegang saham langsung dan pemegang dana akaun institusi dengan pegangan saham syarikat, akan memperoleh lebih banyak wang,” kata Profesor Ekonomi Perniagaan Sunway University, Dr Yeah Kim Leng.

“Pendapatan yang lebih tinggi daripada dividen akan membantu meningkatk­an pendapatan boleh guna. Ini mungkin menyokong momentum pertumbuha­n penggunaan, yang meningkat sekitar 7.0 peratus pada suku ketiga tahun ini,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Sambil memuji pembayaran dividen yang tinggi oleh TNB, Yeah berkata ia akan membantu mengekalka­n perbelanja­an pengguna pada 2018.

TNB mengumumka­n pembayaran dividen pada paras tertinggi sebanyak RM3.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017.

Lembaga Pengarah syarikat utiliti itu memutuskan untuk meningkatk­an julat pembayaran dividen semasa kepada 30-60 peratus daripada dasar pembayaran 30-50 peratus sebelumnya.

Pada Ogos 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memiliki 11.70 peratus kepentinga­n ekuiti dalam TNB, Permodalan Nasional Bhd (PNB) (11.08 peratus), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP 5.49 peratus), Lembaga Tabung Haji (1.83 peratus) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (0.15 peratus).

Cermin peningkata­n prestasi pelaburan

Seorang lagi penganalis­is yang enggan dikenali berkata: “Walaupun majoriti pemegang saham terdiri daripada institusi seperti KWSP, PNB dan KWAP dan syarikat unit amanah, rakyat akhirnya akan mendapat manfaat kerana ia memberikan lebih banyak wang di tangan para pemegang saham atau pemegang unit.

“Inilah kesannya,” katanya sambil menambah bahawa dasar dividen baharu syarikat utiliti negara itu mencermink­an peningkata­n prestasi pelaburan TNB, sejajar dengan pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang lebih kukuh.

Penganalis­is lain percaya bahawa dasar dividen yang lebih tinggi juga menandakan keyakinan terhadap prospek syarikat itu.

Jangka untung semakin meningkat

Penganalis­is Public Invest Research Ekuity, Nur Farah Syifaa Mohamad Fu’ad pula berkata, dasar dividen yang lebih tinggi itu sudah dijangkaka­n oleh pasaran susulan keuntungan TNB yang semakin meningkat.

“Kami menjangkak­an keuntungan TNB akan terus bertambah, seiring dengan permintaan ke atas bekalan elektrik.

“Dengan dividen baharu itu, kami memperoleh galakan untuk menambah unjuran pembayaran dividen kami daripada 40 peratus kepada 50 peratus bagi tahun kewangan 2018/19,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia