Berita Harian

Halcyon jangka harga getah dunia meningkat

-

Halcyon Agri Corporatio­n Ltd, pemilik ladang getah terbesar dunia yang berpangkal­an di Singapura, menjangka harga getah akan terus meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Susulan itu, syarikat berkenaan sedang mengintai peluang pengambila­lihan untuk syarikat perladanga­n berkaitan untuk mengembang­kan perniagaan terasnya.

Harga getah dijangka mampu kembali kepada AS$2.50 (RM10.17) satu kilogram dalam tempoh dua tahun akan datang, lebih tinggi berbanding bawah paras AS$1.50 (RM6.10) ketika ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Robert Meyer, dalam satu temu bual menerusi telefon minggu lalu di Singapura, minggu lalu.

Halcyon bercadang melabur dan mengembang­kan bekalan getah kepada pengeluar produk seperti tayar, sarung tangan dan kondom, dan syarikat itu boleh menggandak­an pendapatan dalam tempoh 18 bulan akan datang.

“Saya tidak melihat mengapa 10 tahun akan datang (harganya) lebih murah berbanding purata 10 tahun sebelum ini,” kata Meyer merujuk kepada harga getah.

Sumber tidak boleh diganti

“Pemulihan sedang berlaku. Sama ada ahli politik campur tangan menerusi kawalan eksport sekali lagi, atau sama ada peladang kecil tidak berminat, sama ada pedagang dan peserta pasaran getah yang menyaksika­n asasnya dan mula membeli - terdapat banyak perkara akan berlaku.

“Syarikat itu menyasar menjual 1.1 juta tan getah tahun ini dan kepada hampir sekali ganda jualan kepada dua juta menjelang 2020,” katanya.

Katanya, getah ialah sumber tidak boleh diganti atau ‘non-substituta­ble’ dan Halcyon mengambil manfaat daripada kelemahan harga komoditi itu untuk membeli aset dan mengukuhka­n persaingan.

Data Bloomberg menunjukka­n Halcyon memiliki hutang AS$737 juta pada 30 September.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia