Berita Harian

UEM Sunrise sasar Residensi Solaris Parq habis dijual 2018

-

Pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) menyasar untuk menjual semua unit projek pembanguna­n terbarunya, Residensi Solaris Parq yang terletak di Mont Kiara tahun hadapan.

Ketua Operasi, Datuk Roslan Ibrahim, berkata sehingga hujung November lalu, pihaknya sudah menjual 80 peratus daripada keseluruha­n unit yang ditawarkan.

Katanya, sejak dilancarka­n beberapa bulan lalu, projek berkenaan menerima maklum balas yang amat memberangs­angkan.

“Seramai 25 peratus daripada pembeli projek Residensi Solaris Parq adalah pelanggan setia kami dan selebihnya adalah pelanggan baharu yang mahu mengubah gaya hidup.

“Sasaran dalaman awal yang kami tetapkan adalah untuk mencapai 80 peratus pembelian pada tahun depan dan berbangga kerana dapat melepasi sasaran berkenaan lebih awal.

“Ini satu perkembang­an yang baik kerana pasaran hartanah kini masih perlahan. Bagaimanap­un, apabila kami menawarkan produk yang baik dengan harga yang sesuai serta di lokasi yang strategik, ia tetap mendapat perhatian pembeli,” katanya pada sidang media selepas sesi lawatan unit rumah contoh di Kuala Lumpur, semalam.

288 unit apartmen servis

Residensi Solaris Parq memiliki keluasan 1.45 hektar membabitka­n pembinaan dua blok kediaman merangkumi 288 unit apartmen servis bagi setiap menara.

Unit kediaman itu menawarkan beberapa jenis rekaan dengan keluasan binaan bermula daripada 721 hingga 2,469 kaki persegi.

Sementara itu, Roslan berkata UEM Sunrise akan melancarka­n enam lagi projek pembanguna­n baharu pada tahun hadapan.

“Bagaimanap­un, perincian mengenai semua projek berkenaan akan diumumkan secara berperingk­at,” katanya.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ?? Roslan (dua dari kiri) pada sidang media selepas sesi lawatan rumah contoh di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] Roslan (dua dari kiri) pada sidang media selepas sesi lawatan rumah contoh di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia