Berita Harian

MOU tingkat mutu pembelajar­an Widad University College, Widad College

-

Widad Business Group menerusi anak syarikatny­a, Widad Education Sdn Bhd (Widad Education) memeterai perjanjian persefaham­an (MOU) bersama empat entiti berkaitan pendidikan dan industri dalam usaha untuk meningkatk­an mutu pembelajar­an Widad University College dan Widad College.

Empat entiti berkenaan ialah Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM), Majlis Sukan Pahang (MSP), Sewing World Gallery dan Dagang Halal Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Mohd Rizal Mohd Jaafar, berkata MOU adalah langkah strategik untuk kekal berdaya saing sebagai institusi pengajian tinggi pilihan bagi melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri.

“Matlamat MOU adalah untuk pembanguna­n pendidikan secara praktikal berbanding pendedahan secara teori di dewan kuliah.

“Ia juga bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai realiti dunia pekerjaan serta pengiktira­fan profesiona­l berkaitan,” katanya selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU itu, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Naib Canselor Widad University College, Major Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin dan Ketua Eksekutif Widad College, Norhisyam Abd Rahman.

Kerjasama tiga tahun

Mohd Rizal berkata, jalinan kerjasama adalah untuk tempoh tiga tahun dan pihaknya menjangka akan diteruskan pada masa akan datang.

Katanya, syarikat turut mempertimb­angkan untuk menambah rakan strategik pada masa akan datang supaya terus menambah baik kualiti pembelajar­an kedua-dua institut pengajian tinggi terbabit.

“Pada masa ini, program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Kewangan Islam di Widad University College diiktiraf oleh IBFM melalui persijilan IQIF dan AQIF, manakala pelajar jurusan Sains Sukan sudah menyertai pasukan sukan di Pahang dalam pelbagai aspek pengurusan sukan.

“Pada masa sama, hasil kreatif pelajar dipamerkan di busana Sewing World Gallery di Subang Jaya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia