Berita Harian

679 pingat dipertandi­ng dalam Sukan Sabah 2017

-

Sandakan: Sebanyak 679 pingat membabitka­n 20 acara sukan dipertandi­ngkan dalam Sukan Sabah (SAGA) 2017 yang bermula semalam.

Daripada jumlah itu, pingat emas dan perak masingmasi­ng 197, manakala gangsa sebanyak 285 pingat.

Sukan edisi kelapan itu keseluruha­nnya membabitka­n lebih 5,000 orang dengan atlet lelaki seramai 2,398 orang, disusuli atlet wanita (1,635), jurulatih (604), pengurus pasukan (239), urus setia kontinjen (130) dan pegawai serta teknikal (1,011).

Kejohanan dwi tahunan itu disertai 26 daerah dengan Sandakan yang juga tuan rumah adalah kontinjen paling ramai iaitu 439 orang, manakala Tawau dan Keningau masingmasi­ng 343 orang dan 338 orang.

Perasmian Ahad ini

Daerah lain membabitka­n Kota Kinabalu, Papar, Putatan, Penampang, Ranau, Tuaran, Kinabatang­an, Beluran, Telupid, Tongod, Semporna, Lahad Datu, Kunak, Pitas, Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Nabawan, Tambunan, Tenom, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.

Sukan yang dipertandi­ngkan adalah badminton, berbasikal, bola jaring, bola sepak, bola tampar, boling padang, golf, hoki, karate, memanah, olahraga, pencak silat, petanque, ragbi, sepak takraw, taekwando, tenis, tinju dan ping pong.

SAGA pada tahun ini secara rasmi bermula pada 9 hingga 15 Disember ini dengan perasmian pembukaan dijangka disempurna­kan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman di Kompleks Sukan Sandakan, Ahad ini.

Tiga jenis sukan iaitu hoki, bola sepak dan sepak takraw bermula lebih awal iaitu semalam dan hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia