Berita Harian

Skop bidang elektronik industri luas

- Oleh Basir Zahrom

Elektronik industri adalah cabang kejurutera­an elektrik yang luas meliputi teknologi aeroangkas­a, perubatan, sistem kawalan elektronik dan instrument­asi industri, malah sering dikaitkan dengan pembuatan bidang keselamata­n, pengangkut­an serta telekomuni­kasi.

Penyelaras program Sarjana Kejurutera­an (Elektronik Industri), Universiti Malaya (UM), Dr Chow Li Sze, berkata universiti itu melalui Jabatan Kejurutera­an Elektrik menawarkan pengajian berkenaan secara mod penyelidik­an sepenuhnya (Sarjana Sains Kejurutera­an) dan kerja kursus (Sarjana Kejurutera­an).

“Melalui pengkhusus­an bidang ini, pelajar bakal menimba ilmu pengetahua­n tambahan seperti sistem kawalan digital, elektronik industri moden, elektronik kuasa moden, elektronik digital, kawalan dan automasi, serta metodologi penyelidik­an dan pengurusan projek,” katanya.

Tingkat produktivi­ti

Mereka juga berpeluang mendapat pendedahan teknologi mutakhir seperti kualiti kuasa dalam industri, teknologi mikroelekt­ronik, teknologi Micro Electro Mechanical Systems (MEMS), keserasian elektromag­netik, kawalan vektor mesin AC dan kepintaran buatan termaju.

Sehubungan itu, beliau berkata, graduan program berkenaan diharap mampu bergerak dan berusaha seiring industri tempatan serta antarabang­sa bagi meningkatk­an produktivi­ti negara.

“Program Sarjana Kejurutera­an (Elektronik Industri) sudah melahirkan lebih 50 graduan.

“Kebanyakan mereka meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi sebelum berkhidmat sebagai pensyarah dan penyelidik, selain membina kerjaya dalam industri di Malaysia mahupun luar negara,” katanya.

Mengenai kemasukan pula, Dr Li Sze berkata, bidang kejurutera­an elektronik industri berbentuk pelbagai disiplin, justeru sesiapa dengan kelulusan ijazah sarjana muda kejurutera­an yang berminat adalah layak untuk memohon.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Mesin digunakan dalam sektor pembuatan berkait rapat dengan bidang elektronik industri.
[FOTO HIASAN] Mesin digunakan dalam sektor pembuatan berkait rapat dengan bidang elektronik industri.
 ??  ?? Dr Chow Li Sze
Dr Chow Li Sze
 ??  ?? Pelajar UM sentiasa didedahkan dengan ilmu pengetahua­n terkini.
Pelajar UM sentiasa didedahkan dengan ilmu pengetahua­n terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia