Berita Harian

KECOH SI RATU GIMIK

Impak kontrovers­i cinta olok-olok naikkan populariti penyanyi Pematah Hati

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Nabila Razali pertahan taktik reka kisah cinta dengan Aedy Ashraf dalam video muzik Pematah Hati

Barangkali Nabila Razali sudah mampu tersenyum ketika ini. Gimik drama percintaan dengan bakat baharu, Aedy Ashraf yang dipertaruh­kan untuk mempromosi­kan single ketiganya, Pematah Hati membuahkan hasil di luar jangkaan.

Sejak dimuat naik di

Youtube pada 28 November lalu, muzik video itu ditonton lebih lima juta peminat.

Pencapaian singkat dan luar biasa itu pastinya tidak pernah terlintas di minda bakat yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF) 2013 itu.

Terlebih dulu memperkena­lkan dua single iaitu Katakan Saja dan Cemburu sebagai taruhan, namun Pematah Hati membawa pemilik nama lengkap, Nur

Nabila Mohd Razali, 25, ke mercu populariti. Namun, kejayaan itu ternyata tidak datang percuma.

Nabila terpaksa membayarny­a dengan harga tinggi apabila dicemuh peminat gara-gara gimik itu. Dia dikatakan memperalat­kan Aedy untuk mencipta publisiti murahan selepas kehadiran lagu yang diperkenal­kan sejak beberapa bulan lalu itu kurang disedari.

Nabila juga dihujani mesej peminat wanita yang menganggap­nya tidak layak mendamping­i pelakon kacak yang pernah membintang­i drama seperti

Lara Aishah dan Dendam Aurora. Lebih mengguris perasaanny­a, Nabila dikatakan terdesak untuk popular hingga sanggup membenarka­n diri diperalat dengan mencipta kontrovers­i.

Tiada niat tipu peminat

Akur ada ketika dia dibelenggu tekanan dengan tanggapan negatif yang dilemparka­n,

Nabila bagaimanap­un, memujuk diri supaya tidak melatah.

“Saya tidak pernah menipu peminat, malah selama ini, saya juga tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai hubungan kami. Saya cuma memuat naik gambar di laman sosial, tetapi peminat yang membuat andaian sendiri.

“Tidak sangka, ‘kisah cinta’ kami berkembang sejauh ini. Ramai yang mengkritik apabila saya memuat naik rakaman video menangis kerana patah hati. Banyak tuduhan negatif dilemparka­n, sedangkan ada maksud tersirat di sebalik rakaman itu.

“Saya cuba menyelitka­n pesanan kepada wanita di luar sana supaya tidak tunduk dan meratapi kesedihan hanya kerana putus cinta. Itu yang saya cuba sampaikan pada permulaan muzik video itu. Malangnya, segelintir peminat hanya melihat dari satu sudut tanpa mendalami isi sebenar di sebalik pengisiann­ya,” katanya.

Tidak kisah dikritik, malah tidak ambil pusing dengan pandangan negatif ramai, Nabila berkata, semua itu dilakukan bukan untuk mengejar publisiti murahan. Bersaing dalam era digital, akui Nabila, menuntut penggiat seni supaya berani dan kreatif mencari idea baharu.

“Dari satu sudut, saya gembira apabila isu itu menjadi tular kerana sedikit sebanyak membantu pendengar untuk memahami jalan cerita lagu Pematah Hati,” katanya.

Saya tidak pernah menipu peminat, malah selama ini, saya juga tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai hubungan kami. Saya cuma memuat naik gambar di laman sosial, tetapi peminat yang membuat andaian sendiri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia