Berita Harian

OKU DITAHAN KES BUNUH DAN BAKAR

-

Lelaki cacat pendengara­n, pertuturan direman bantu siasatan pembunuhan dua warga emas, dua kanak-kanak

Kuala Lumpur: Meskipun berdepan detik cemas ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Hatay, Turki, tiga anggota kumpulan UNIC bersyukur kerana misi kemanusiaa­n untuk membantu pelarian Syria di sempadan negara itu berjalan seperti dirancang.

Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin dalam rakaman suara yang dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp, berkata mereka menjayakan misi lima hari itu bersama Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), sejak Sabtu lalu.

Mereka juga membuat persembaha­n untuk penuntut Malaysia di Jordan bagi mengutip dana mengisi tabung Winter Survival Aid for Syria.

“Alhamdulil­lah, kami selamat, cuma cemas apabila ditahan pihak berkuasa ketika mahu keluar dari lapangan terbang, semalam (kelmarin). Ia berpunca daripada peralatan kamera yang disangka senjata ketika imbasan dilakukan.

Ditahan untuk soal siasat

“Selain itu, Reyhanli yang terletak di sempadan antara dua negara itu turut menjadi ‘laluan tikus’ untuk membawa masuk pelarian dari Syria ke Turki. Ia adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana kawalan keselamata­n di sana agak ketat, jadi kami ditahan untuk disoal siasat.

“Alhamdulil­lah, kami selamat tiba di Istanbul sebelum pulang esok (hari ini). Sebelum ini, kami sempat melawat sekolah yang didirikan Muslim Care atas hasil sumbangan rakyat Malaysia. Semua pelarian Syria itu menerima pendidikan yang cukup dengan prasarana sederhana.” katanya.

Disertai bersama dua lagi anggota UNIC, iaitu Bazli Hazwan dan Wan Najdi Wan Mohd Noh, Fakhrul berkata, hati mereka tersentuh ketika berada di kem pelarian di Reyhanli.

“Keadaan di situ agak menyedihka­n kerana mereka tinggal dalam khemah kanvas nipis yang didirikan atas tanah orang awam. Ada khemah yang berlantaik­an tanah dan permaidani, selain simen.

“Dalam keadaan permulaan musim sejuk ini, suasana di sana agak kritikal terutama kepada keluarga yang mempunyai anak kecil kerana tidak cukup kelengkapa­n. Kami lihat ada yang terpaksa menyalakan unggun api untuk memanaskan badan.

“UNIC bersama Muslim Care akan ke sempadan Syria pada Januari ini untuk menghantar bantuan secepat mungkin dalam misi Winter Survival Aid for Syria. Kami merayu rakyat Malaysia untuk bersama membantu menjayakan misi ini dalam meringanka­n beban mereka,” katanya.

 ??  ?? Fakrul Radhi
Fakrul Radhi
 ??  ?? Bazli Hazwan
Bazli Hazwan
 ??  ?? Wan Najdi
Wan Najdi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia