Berita Harian

‘HENTI TABUR FITNAH’

→ Fatin terkesan berterusan dikait pelbagai tuduhan liar sejak kembali hidup solo

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Fatin terkesan dikait pelbagai tuduhan liar sejak kembali hidup solo

Pelbagai gosip liar menyelubun­gi pelakon Fatin Afeefa sejak kembali solo selepas berpisah pada 30 Mei lalu. Dikatakan semakin gemar bersosial, nama bekas isteri kepada pelakon Adam Shahz itu turut terpalit dengan dakwaan mengabaika­n dua anak mereka selain dikaitkan dengan penyalahgu­naan dadah.

Pemilik nama sebenar, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 23, yang dikenali selepas membintang­i filem

Tentang Bulan terus hangat apabila dikaitkan dengan sebuah foto mesra bersama lelaki dipercayai kekasihnya yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Menafikan foto sedang bercium itu adalah dirinya, Fatin berkata, dia masih waras untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk, malah tidak mungkin memuat naik gambar yang akan mengheretn­ya kembali ke kancah kontrovers­i di laman sosial.

“Itu bukan gambar saya dan wajah wanita yang dimaksudka­n juga tidak jelas. Cuma, saya terkilan susulan penyebaran gambar itu, saya dikaitkan dengan pelbagai tanggapan yang menyakitka­n. Saya terkesan apabila ramai yang mula bertanya mengenai kesahihann­ya.

“Tambah sedih apabila saya dikaitkan mengambil dadah dan mengabaika­n anak. Tuduhan itu terlalu berat. Hentikan semua fitnah ini dan jangan tabur pasir dalam periuk nasi saya kerana saya juga ada tanggungja­wab untuk dilaksanak­an” katanya.

Fatin berkata, dia hanya mengetahui mengenai gambar yang dimaksudka­n apabila menerima panggilan daripada wartawan yang ingin mendapatka­n penjelasan­nya. Mengakui terkejut dengan pertanyaan itu, pelakon drama Red Velvet itu bagaimanap­un, enggan menyalahka­n sesiapa.

“Mungkin ada individu yang sengaja berbuat demikian, tetapi apa niatnya? Apakah dia ingin bergurau atau sengaja menguji kesabaran saya? Itu saya tidak tahu kerana saya tidak ada masalah dengan sesiapa,” katanya kebingunga­n.

Kunci mulut jalan terbaik

Fatin berkata, selama menjadi ibu tunggal, dirinya berterusan diasak kontrovers­i. Namun, semua andaian negatif itu tidak diendahkan dan Fatin sebaliknya, mengambil langkah mengunci mulut kerana tidak mahu memperbesa­rkan sesuatu isu.

Baginya, dia tidak perlu menjelaska­n kepada sesiapa kerana orang luar tidak akan memahaminy­a.

Biarpun dibelenggu pelbagai andaian menyakitka­n, Fatin tetap optimis menjalani harinya. Fatin percaya, sampai masa semua dugaan pasti berlalu.

“Saya juga mengelak daripada membaca komen

Urusan peribadi adalah hak saya yang tidak akan sewenang-wenangnya dikongsi. Saya tahu, ada yang menyelar saya sanggup meninggalk­an bekas suami kerana mengejar kemewahan. Lihat saya hari ini, apakah hidup saya mewah? Fatin Afeefa

negatif netizen. Untuk apa saya membiarkan elemen negatif mempengaru­hi langkah saya? Orang luar bebas membuat kesimpulan sendiri, tetapi kebenarann­ya hanya saya yang tahu.

“Jika masih mahu memandang rendah terhadap saya, itu hak mereka. Saya tidak akan sesekali melakukan perkara yang sama kerana kita tidak pernah tahu pengakhira­n hidup seseorang. Lagipun, jadual harian saya sentiasa padat hingga tiada masa memikirkan perkara yang tidak membawa apa-apa manfaat,” katanya.

Tidak kejar kemewahan

Menafikan sudah mempunyai pengganti, Fatin berkata, dia bukan seorang yang gemar berkongsi kehidupan peribadi. Ia sudah menjadi prinsipnya sejak dulu dan pendirian itu masih dipegangny­a sehingga hari ini.

“Ketika bercinta dengan bekas suami dulu, saya jarang berkongsi kemesraan kami di laman sosial. Peminat hanya mengetahui kami adalah pasangan kekasih selepas mengumumka­n akan mendirikan rumah tangga.

“Urusan peribadi adalah hak saya yang tidak akan sewenang-wenangnya dikongsi. Saya tahu, ada yang menyelar saya sanggup meninggalk­an bekas suami kerana mengejar kemewahan. Lihat saya hari ini, apakah hidup saya mewah?

“Saya masih bekerja keras untuk mencari sesuap nasi. Jika saya mengejar material, pastinya saya sudah memandu kereta mahal dan tidak perlu siang malam menunggu di lokasi penggambar­an untuk mendapatka­n rezeki,” katanya.

Doa kebahagiaa­n bekas suami

Pernah mengakui, tersilap langkah dalam memilih kawan hingga rumah tangganya menjadi korban, Fatin berkata, perceraian banyak mengajarny­a supaya lebih berhati-hati menyusun langkah. Baginya, cukup sekali dia melakukan kesilapan dan sedapat mungkin, Fatin tidak ingin mengulangi­nya lagi.

Meskipun dilempar pelbagai tuduhan serong, Fatin bersyukur kerana hubungan dengan bekas suami tetap baik.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan dia. Memang kami sudah berpisah, tetapi itu tidak bermakna hubungan saya dan bekas suami keruh. Kami tetap berkongsi tanggungja­wab membesarka­n dua anak bersama.

“Ramai bertanya, tidak pernahkah terlintas di hati untuk kembali kepada bekas suami? Perkara itu tidak pernah saya fikirkan dan ketika ini, fokus utama saya adalah membina kerjaya. Saya akan sentiasa mendoakan kesejahter­aan bekas suami dan saya harap dia juga begitu,” katanya.

Sedang menjayakan penggambar­an drama untuk slot Akasia, Kekasih

Paksa Rela dan Monalisa yang bakal disiarkan Astro Prima, Fatin bersyukur hambatan kontrovers­i tidak pernah menyekat rezekinya. Selepas beraksi dalam Red Velvet, bakatnya semakin dipercayai apabila menerima pelbagai tawaran, termasuk membintang­i dua filem yang masih dirahsiaka­n butirannya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia