Berita Harian

GST ambil kira kemampuan rakyat: PM

Ramai salah anggap cukai bersifat ketinggala­n seperti pelaksanaa­n VAT di negara lain

- Oleh Rohaniza Idris

Datuk Seri Najib Razak berkata, pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) di negara ini bersifat progresif dan mengambil kira keadaan ekonomi rakyat.

Perdana Menteri berkata, masih ada salah faham mengenai pelaksanaa­n GST di negara ini dan menganggap cukai itu bersifat ketinggala­n seperti pelaksanaa­n Cukai Tambah Nilai (VAT) yang diamal di negara lain.

Katanya, mekanisme GST di Malaysia bersifat progresif yang mana golongan berpendapa­tan rendah menerima lebih banyak faedah bantuan kerajaan hasil kutipan GST berbanding mereka yang berpendapa­tan tinggi.

“Ia berikutan ada pengecuali­an GST ke atas barang asas bagi memastikan golongan berpendapa­tan rendah tidak terkesan dengan pelaksanaa­n GST.

Kutipan cukai lebih tinggi

“Golongan berpendapa­tan lebih tinggi akan membelanja­kan lebih banyak pendapatan, sekali gus kutipan cukai lebih tinggi,” katanya menerusi entri terbaru di blog rasminya, najibrazak.com, semalam.

Perdana Menteri berkata, hasil cukai itu disalurkan kerajaan secara bersasar terus kepada golongan berpendapa­tan rendah atau B40 yang lebih memerlukan.

Katanya, ia merangkumi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk menangani kos sara hidup, bantuan persekolah­an, bantuan kepada pesawah padi, nelayan, pekebun kecil serta pembayaran khas kepada penjawat awam untuk membantu golongan berkenaan.

Najib berkata, program bantuan bersasar itu tidak akan dapat dilaksanak­an jika mereka yang berpendapa­tan jauh lebih tinggi tidak menyumbang jumlah lebih besar.

Faedah berlipat ganda

“Ini bermakna walaupun golongan berpendapa­tan rendah membayar cukai GST pada kadar enam peratus, faedah dan manfaat diterima susulan pelaksanaa­nnya berlipat ganda berbanding golongan berpendapa­tan tinggi lain.

“Pelaksanaa­n GST di Malaysia sudah mengambil kira keadaan ekonomi rakyat manakala kerajaan terus berusaha menjamin kualiti hidup terbaik untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia