Berita Harian

Perluas program VIP ke negara ASEAN

-

Cyberjaya: Program Felo Sukarelawa­n Profesiona­l Antarabang­sa (VIP) 4.0 akan diperluask­an ke negara ASEAN lain yang rakyatnya kurang bernasib baik termasuk membabitka­n etnik Rohingya di Myanmar.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata program berkenaan adalah satu usaha untuk membantu rakyat beberapa negara berpendapa­tan rendah seperti Laos, Myanmar dan Vietnam meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Melalui program ini, kita juga mahu menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam program berteraska­n kesukarela­wan dan keusahawan­an merentas sempadan.

“Oleh itu, kita akan memperluas­kan lagi program ini kepada golongan yang memerlukan bantuan sukarelawa­n untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik,” katanya.

Bukti kerajaan prihatin

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup dan Impak Hasil Program Program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M) dan VIP di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC), semalam.

Mohd Irwan berkata, program berkenaan juga menunjukka­n kerajaan tidak hanya mementingk­an Malaysia semata-mata, tetapi turut membantu negara ASEAN yang lain.

“Program seperti ini dapat meningkatk­an keyakinan mereka terhadap Malaysia malah, kita lebih mudah untuk membuat perdaganga­n dengan negara berkenaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, program BI1M yang dijalankan sepanjang dua tahun di seluruh negara itu berjaya memberi impak kepada seramai 15,485 individu.

“Program ini dapat melatih masyarakat menggunaka­n bahasa Inggeris untuk membantu mereka meningkatk­an keyakinan dalam berkomunik­asi.

“Malah, kita mahu masyarakat mengambil berat mengenai kepentinga­n mempelajar­i bahasa Inggeris kerana ia mampu membantu memudahkan mereka mendapat pekerjaan,” katanya.

 ?? [FOTO NURSYAHIRA­H MARZUKI/BH] ?? Mohd Irwan bersama peserta selepas merasmikan Majlis Penutup dan Impak Hasil Program Program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M) dan VIP di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC), Cyberjaya, semalam.
[FOTO NURSYAHIRA­H MARZUKI/BH] Mohd Irwan bersama peserta selepas merasmikan Majlis Penutup dan Impak Hasil Program Program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M) dan VIP di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC), Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia