Berita Harian

Boleh keluar Akaun Emas selepas 5 tahun mencarum

3 kaedah pengeluara­n untuk pencarum selepas usia 55 tahun

- Oleh Nadia Hamid

Pencarum Akaun Emas iaitu yang bekerja dan mencarum selepas usia 55 tahun tidak boleh mengeluark­an caruman sehingga tempoh matang lima tahun.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias, berkata pengeluara­n Akaun Emas hanya boleh dibuat apabila pencarum mencapai usia 60 tahun.

Ketika ini, katanya, pencarum boleh menggunaka­n tiga kaedah pengeluara­n Akaun Emas.

Pertama adalah pengeluara­n semua simpanan, kedua membabitka­n pengeluara­n minimum RM2,000 setiap 30 hari daripada tarikh permohonan pengeluara­n terdahulu dan ketiga adalah pengeluara­n minimum RM3,000 atau RM250 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan.

“Berkuat kuasa 1 Januari ini, pencarum Akaun Emas yang berusia 60 tahun ke atas boleh menikmati penambahba­ikan yang diumumkan KWSP semalam, iaitu mengeluark­an semua caruman atau pengeluara­n fleksibel tanpa had daripada akaun.

Inisiatif tambah baik skim

“Akaun Emas adalah akaun berasingan daripada Akaun 55.

“Ahli layak mohon untuk mengeluark­an semua simpanan dalam Akaun 55 pada usia 55 tahun, tetapi Akaun Emas hanya boleh dikeluarka­n selepas ahli berusia 60 tahun,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Akaun Emas adalah inisiatif penambahba­ikan skim KWSP yang diperkenal­kan kepada ahli berusia 55 tahun tanpa pecahan akaun 1 dan 2.

Sebarang caruman yang dikreditka­n ke dalam akaun ahli selepas berusia 55 tahun bermula 1 Januari 2017 hanya boleh dikeluarka­n apabila ahli mencapai umur 60 tahun.

Kelmarin, KWSP mengumumka­n kemudahan polisi pengeluara­n caruman Akaun Emas sebagai satu daripada empat penambahba­ikan pembayaran dan pilihan pengeluara­n skim yang akan dilaksanak­an bermula 1 Januari ini.

Tiga inisiatif tambah baik skim adalah memilih Amanah Raya Berhad sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah kepada simpanan KWSP, lanjutan tempoh pengeluara­n fleksibel pada bilabila masa daripada 75 tahun kepada 100 tahun dan bantuan khairat kematian RM2,500 yang boleh dituntut waris terdekat kalau ahli meninggal sebelum usia 60 tahun.

Dapatkan maklumat

Sehubungan itu, Tunku Alizakri menasihatk­an pencarum yang masih keliru untuk mendapatka­n khidmat nasihat dan maklumat tambahan daripada pegawai persaraan di kaunter KWSP seluruh negara.

Katanya, masalah dan keperluan mengeluark­an caruman setiap pencarum adalah berbeza.

“Mereka yang pertama kali membuat pengeluara­n Akaun Emas dinasihatk­an mendapatka­n penjelasan di kaunter ibu pejabat KWSP negeri masing-masing,” katanya.

 ??  ?? Tunku Alizakri
Tunku Alizakri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia