Berita Harian

Tempoh isytihar penyata GST dilanjut sebulan lagi

-

Kuala Lumpur: Sebanyak RM1.6 bilion hasil negara berjaya diselamatk­an Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) sehingga 30 November lalu hasil dasar baharunya memerangi syarikat tipu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) atau pengisytih­araan diragui tidak betul atau terkurang ikrar.

Menerusi dasar baharu atau lebih dikenali sebagai pematuhan melalui pendidikan, KDRM mengeluark­an Notis Peringatan Mesra ketuk pada 62,000 syarikat daftar GST yang disyaki mengikrar dan membayar cukai GST kurang daripada sepatutnya untuk membuat pindaan pada penyata GST-03.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri T Subromania­m, berkata hasil pendekatan itu 37,000 registran GST yang mewakili 61.2 peratus sudah mengemukak­an penyata GST-03 yang betul selepas menerima notis terbabit.

Susulan maklum balas menggalakk­an daripada syarikat daftar GST itu, katanya, KDRM memutuskan melanjutka­n tempoh penghantar­an pindaan penyata GST-03 di bawah program itu sehingga 31 Januari tahun depan berbanding sehingga 31 Disember seperti diumumkan sebelum ini.

“Sejak mula pelaksanaa­n GST dilaksanak­an, KDRM dapati banyak syarikat mengikrar dan menghantar penyata GST-03 yang diragui tidak betul dan kurang ikrar, selepas tempoh itu syarikat yang masih tidak membuat pembetulan atau pindaan serta bayaran selepas akan disenaraik­an un- Auditan Penuh JKDM.

“Tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah boleh diambil ke atas syarikat yang masih enggan atau gagal mematuhi kehendak serta peruntukan Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kerajaan rugi lebih RM100J

BH pada November lalu membongkar syarikat tempatan yang dikesan menggunaka­n taktik licik menggelapk­an GST kepada kerajaan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Taktik berkenaan menyebabka­n kerajaan kerugian lebih RM100 juta ekoran tuntutan palsu GST itu didedahkan setiausaha syarikat serta juru audit yang menguruska­n akaun pelanggan syarikat masing-masing daripada pelbagai sektor.

Susulan pembongkar­an BH, Kastam melancarka­n kempen pematuhan secara sukarela sehingga 31 Disember yang kemudianny­a dilanjutka­n kepada 31 Januari tahun depan sebelum operasi besar-besaran memerangi syarikat tipu GST dilaksanak­an sepanjang 2018.

Mengulas lanjut, Subromania­m, berkata KDRM dapati terdapat peningkata­n yang ketara dalam penghantar­an penyata GST-03 yang betul dan lengkap kepada agensi itu sejak pendekatan pematuhan melalui pendidikan digunakan.

Katanya, di bawah fasa 1 pelaksanaa­n pematuhan melalui pendidikan bermula Jun lalu, syarikat daftar GST diberi tempoh masa tiga bulan untuk membuat pindaan pada penyata GST-03 dan lain-lain maklumat yang didapati tidak sepadan atau terdapat kesilapan yang mungkin disengajak­an/tidak disengajak­an.

“Susulan dari usaha ini, Kastam juga melancarka­n program Duta GST bermula Oktober 2017 di seluruh negara dengan pegawai Kastam bertindak sebagai wakil GST di Persatuan Perniagaan atau Dewan Perniagaan untuk membantu syarikat daftar GST yang berdepan masalah isu GST,” katanya.

 ??  ?? T Subromania­m Keratan akhbar BH 13 November lalu.
T Subromania­m Keratan akhbar BH 13 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia