Berita Harian

Sistem bersepadu mohon visa umrah elak penipuan

Penggunaan IMAMS perkasa pemantauan, penyiasata­n pengendali pakej secara lebih teratur

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar dan Nur Syahirah Marzuki

Penggunaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS), satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa umrah di Malaysia adalah demi menjaga kepentinga­n awam dan menutup ruang penipuan dalam rantaian pelaksanaa­n pakej umrah.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata penggunaan sistem berkenaan yang berkuat kuasa semalam akan memperkasa­kan pemantauan, penyiasata­n dan penguatkua­saan pengendali­an pakej umrah secara lebih teratur.

Katanya, semua 65 agensi pelanconga­n berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunaka­n IMAMS.

Beliau menjelaska­n, caj keseluruha­n bagi penggunaan sistem IMAMS ialah sebanyak RM90.10 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebanyak RM5.10 dan ia perlu dimasukkan dalam harga pakej umrah sedia ada untuk setiap jemaah.

“Jumlah itu membabitka­n RM45 sebagai bayaran pengurusan maklumat pakej umrah dan ia adalah kadar paling rendah di dunia berbanding negara lain yang mengguna pakai sistem seumpamany­a dalam menguruska­n jemaah umrah seperti Jordan, Mesir dan Sudan.

RM40 insurans takaful umrah

“Selain itu, RM40 adalah insurans takaful umrah yang menawarkan perlindung­an takaful komprehens­if kepada agensi pelanconga­n pada kadar premium munasabah dan terendah di pasaran serta memenuhi kehendak kementeria­n.

“Mana-mana agensi pelanconga­n yang tidak menyediaka­n perlindung­an takaful yang setara atau lebih baik daripada insurans takaful melalui sistem IMAMS ini diwajibkan mengambil insurans takaful berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengenai GST, katanya ia adalah untuk perkhidmat­an sistem IMAMS yang diselengga­rakan untuk memastikan kepentinga­n jemaah umrah terjaga.

“Adalah amat memalukan apabila ada pihak menggembar-gemburkan mengenai kutipan GST bernilai RM5.10 yang dijadikan sebagai asas untuk memanipula­si pemikiran rakyat, sedangkan sistem itu bagi membendung penipuan umrah yang boleh menyebabka­n kerugian melebihi jutaan ringgit.

“Saya harap semua pihak membuka mata dan telinga, jangan memanipula­si pemikiran rakyat Malaysia dengan perkara tidak berasas sedangkan kerajaan cuba membantu daripada menjadi mangsa tipu umrah,” katanya.

Diurus sebuah syarikat

Ditanya, mengapa sistem itu diuruskan hanya sebuah syarikat, katanya ia bagi memudahkan urusan dan mengelak kekeliruan.

“Kenapa perlu banyak, satu cukuplah. Kerajaan melantik syarikat untuk menguruska­n sistem itu dengan pemantauan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

“Melalui IMAMS pangkalan data dan proses pemantauan induk ke atas pengendali­an umrah di negara ini dapat diwujudkan, selain integrasi pangkalan data pendaftara­n Pegawai Pemasaran Umrah yang dilantik agensi pelanconga­n berlesen,” katanya.

Katanya, IMAMS mendapat persetujua­n dan sokongan Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, justeru, permohonan visa itu akan diproses oleh Konsul Besar Arab Saudi di Malaysia.

 ??  ?? Mas Ermieyati (dua dari kanan) pada sidang media mengumumka­n penggunaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu permohonan visa umrah, di ibu negara, semalam.
Mas Ermieyati (dua dari kanan) pada sidang media mengumumka­n penggunaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu permohonan visa umrah, di ibu negara, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia