Berita Harian

Motley tak hormat perundanga­n negara

Kredibilit­i peguam hak asasi manusia dipertikai, amalkan pandangan sempit

- Oleh Rohaniza Idris

Peguam hak asasi manusia, Kimberley Motley, perlu menghormat­i dan memahami undang-undang Malaysia sebelum membuat desakan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata desakan Motley kononnya atas nama perjuangan hak asasi dan keadilan kerana Anwar tahanan politik adalah satu pandangan yang sempit.

Katanya, jelas sekali pandangan Motley kononnya demi keadilan hak asasi dan hubungan antarabang­sa itu membuktika­n beliau tidak memahami dan menghormat­i undang-undang negara ini.

Hanya fokus hak asasi

“Jelas sekali pandangan Motley hanya bertumpu soal hak asasi sedangkan sistem undang-undang di Malaysia adalah lebih telus dan jelas.

“Persoalann­ya, adakah Motley adalah peguam rasmi yang dilantik oleh Anwar atau pihak keluargany­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dr Mahathir bersama Motley dalam satu kenyataan bersama sebelum ini mendakwa Anwar yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantuny­a sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

Semalam, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatka­n tindakan Motley itu bererti dia mempertika­i dan menghina pemimpin serta institusi perundanga­n negara ini.

Irmohizam berkata, Motley perlu mempertimb­angkan perasaan mangsa yang diliwat jika Anwar dibebaskan hanya sebab tanggapan penahanan politik.

“Sudah tentu keputusan itu langsung tidak akan mengimbang­i keadilan.

“Mengapa perlu kita meyakini orang asing sedangkan Malaysia berdiri teguh dan diperakui dunia sejak kita merdeka lagi sebagai negara berdaulat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia