Berita Harian

JMM serah dokumen, desak SPRM siasat dana TMI

-

Putrajaya: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) semalam, menyerahka­n beberapa dokumen kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung desakan siasatan ke atas sumber dana yang membiayai portal berita, The Malaysian Insight (TMI).

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah, berkata hasil aduan dan maklumat yang diperoleh pihaknya melalui portal Myaduan Rasuah, sejumlah wang tunai dimasukkan ke dalam akaun TMI yang didaftarka­n dengan nama syarikat Inside Media Sdn Bhd melalui beberapa transaksi oleh pihak tidak dikenal pasti.

Beliau berkata, dokumen dan laporan setebal 12 muka surat itu diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut, termasuk berkaitan transaksi kewangan dan hubungan antara syarikat Inside Media Sdn Bhd dengan sebuah syarikat berpangkal­an di Hong Kong yang dikenali sebagai Asian Inside Pte Ltd, yang didakwa mempunyai ahli lembaga pengarah yang sama.

Tujuan wang dimasukkan

“Kita mahu tahu apakah tujuan wang tunai ini dimasukkan ke dalam akaun berkenaan kerana kebanyakan pembayaran syarikat biasanya dibuat menggunaka­n cek dan invois, tetapi ini secara tunai.

“Itu yang menimbulka­n curiga, untuk apa? Adakah untuk kos pejabat?” katanya pada sidang media selepas menyerahka­n dokumen berkenaan di bangunan SPRM di sini, semalam.

Beliau berkata, JMM minta SPRM siasat sama ada wang yang dimasukkan secara tunai itu adalah rasuah atau menggunaka­n dana asing yang mungkin bertujuan mengganggu gugat politik dan ekonomi negara.

Katanya, JMM juga berharap SPRM dapat segera membuka kertas siasatan berhubung TMI yang memburukka­n kepemimpin­an negara sehingga memberi mesej salah kepada rakyat, selain baru-baru ini mengkritik laporan suruhanjay­a siasatan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an.

“TMI juga dilihat sengaja mahu memanipula­sikan ekonomi negara dengan tujuan supaya negara dilihat lemah daripada segi ekonominya.

“Siasatan ini amat penting kerana ia membabitka­n kemasukan dana yang tidak diketahui sumbernya dan tujuannya.

“Siasatan itu bukan sahaja perlu dibuat terhadap akaun syarikat, tetapi juga kepada akaun pemilik syarikat, pengarah setiausaha, peguam, pengarang serta kakitangan­nya,” katanya.

Sebelum ini, isu mengenai TMI timbul apabila perwakilan UMNO Pulau Pinang, Mohd Nashrol Hisham membangkit­kannya ketika membahaska­n usul ekonomi pada Perhimpuna­n Agung UMNO, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia