Berita Harian

Pekerja asing diwajibkan ambil VHIS

Pelaksanaa­n fasa pertama dilaksana tahun depan, sebelum diperluas ke sektor lain

- Oleh Farah Suhaidah Othman

Fasa pertama Skim Insurans Kesihatan Sukarela (VHIS) tahun depan akan diwajibkan ke atas semua pekerja asing terlebih dulu sebelum dikembangk­an kepada sektor lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata VHIS yang akan diperkenal­kan pada pertengaha­n 2018 bakal dilaksana secara berperingk­at.

Katanya, kementeria­n akan melihat sambutan terhadap VHIS selepas diperkenal­kan kepada pekerja asing.

Penyelesai­an baharu

“Kita akan laksanakan kepada kumpulan lain mengikut waktunya dan memastikan kejayaan inisiatif itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat di sini, semalam.

Oleh kerana skim berkenaan tidak berasaskan keuntungan, Dr Subramania­m berkata, kementeria­n akan mengambil kira beberapa faktor bagi memastikan ia kekal dan berterusan.

Ketika ini katanya, ada beberapa kelemahan pada sistem insurans sedia ada termasuk kos premium perlindung­an yang semakin tinggi dan ada unsur keuntungan.

“Kita berharap akan dapat mencari penyelesai­an yang baharu untuk mengatasi masalah itu antaranya termasuk mengkaji secara meluas merentasi populasi penduduk dan yang kedua, mungkin ada kategori tertentu yang kerajaan akan putuskan untuk membantu.

“Ada beberapa isu mungkin timbul kesan daripadany­a, justeru kita perlu melaksanak­annya supaya idea atau pendekatan baharu dapat dikenal pasti,” katanya.

Terdahulu berucap pada majlis berkenaan, Dr Subramania­m berkata, tanah seluas dua hektar yang menjadi tapak bangunan baharu SJKT berkenaan adalah inisiatif Kementeria­n Pendidikan dengan dibantu kerajaan negeri bagi memindahka­n tapak asal.

Katanya, sejumlah RM7 juta diperuntuk­kan bagi pembinaan dua blok bangunan yang boleh menempatka­n kira-kira 200 murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia