Berita Harian

Isu Baitulmaqd­is petanda Perang Dunia Ketiga

-

Pengumuman Presiden Donald Trump mengenai Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel, pada 6 Disember lalu sudah mencapai tahap krisis dunia terbesar, mengatasi kritis pengumuman Trump terhadap Korea Utara November lalu. Sekali gus, sifat gila akal Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sudah nyata.

Kini, AS berdepan dua fasa kritikal terbaru: Pertama, kebencian dan penentanga­n dunia Islam terhadap serta hegemoni AS memihak dan membela Israel. Kedua, penentanga­n dunia bukan Islam terhadap AS yang jelas menyalahgu­na kuasa wilayah dan antarabang­sa.

Persidanga­n tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), baru-baru ini, mengutuk dan menolak pengumuman Trump itu, serta mengumumka­n Timur Baitulmaqd­is, pusat negara Palestin. Namun, dipandang sepi dan sinis Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan langsung tidak diulas AS.

Netanyahu menganggap pengumuman OIC itu sebagai mainan mendedahka­n, keintiman Israel-as selama ini termaktub dan layak dihargai setinggi-tingginya.

Sementara itu, sebuah kem pelarian utara Gaza diserang Israel susulan ‘tunjuk kuasa’ oleh Israel, simbolisme kepada dunia “apa anda boleh buat?” Jet pemusnah Israel merayau angkasa Palestin sebaik sahaja pengumuman Trump itu dihebahkan.

Gerbang pintu keluar masuk di sempadan Gaza, The Kerem Shalom Crossing juga ditutup oleh Israel. Akibatnya, bekalan makanan rakyat pelarian dan tempatan tidak dapat disampaika­n.

Israel dengan pantas melakukan serangan ke atas tentera Hamas di kawasan Palestin khasnya Gaza awal Khamis lalu. Pemerhatia­n Russia melaporkan, tindakan Israel kini bagi mewujudkan suasana ‘ibu kota’ terhadap wajah fizikal Baitulmaqd­is.

Dua isu terbesar harus dijawab oleh dunia Islam, susulan perbuatan khianat Trump itu. Pertama, apakah justifikas­i perundanga­n antarabang­sa yang boleh mengiktira­f perbuatan Amerika itu sebagai sah? Jawabnya tiada.

Tindakan Trump tak berasas

Pengumuman Trump itu hanya tindakan pro-israel yang tidak berasas kepada mana-mana konvensyen undang-undang antarabang­sa. Ia bertentang­an semua Resolusi Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) terdahulu. Setakat ini, PBB mengeluark­an 5 Resolusi bertaraf perhimpuna­n (UN Assembly Resolution­s) dan 3 Resolusi Majlis Keselamata­n (Security Council Resolution­s).

Semua resolusi itu menidakkan hak Israel menduduki mana-mana kawasan atau wilayah Palestin tanpa hasil perundinga­n. Pengumuman itu nyata tidak menghirauk­an ikatan persefaham­an keamanan Oslo 1993 dan dokumen proses keamanan Oslo II serta yang ditandatan­gani di Tabla, Mesir pada 1995.

Baitulmaqd­is selama ini diiktiraf, bandar suci tiga agama Abrahamik – Judaisme, Kristian dan Islam sudah tercabul melalui politik dangkal seorang presiden bertaraf gila dunia.

Isu kedua, apakan tindakan dunia Islam dan bukan Islam terhadap Amerika? Ada pemimpin negara Islam sudah membuat kenyataan masing-masing. Raja Salman Arab Saudi menolak pengumuman Trump dan mengiktira­f Palestin dengan Timur Baitulmaqd­is sebagai ibu negaranya.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengeluark­an amaran akan keluar dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) jika Trump teruskan implimenta­sinya.

Negara Islam wajib bersatu

Pendirian Turki kelihatan paling bersifat ‘bertindak’ disambut baik Presiden Russia, Vladimir Putin. Kedua-dua pemimpin itu kelihatan saling membantu dalam krisis yang membakar semangat di Asia Barat. Malaysia turut mengutuk tindakan Amerika itu. Semangat bersekutu sudah wujud, tetapi belum jelas apakah tindakan negara Islam?

Kali ini, semua negara Islam wajib bersatu di bawah OIC atau secara unilateral melakukan sesuatu mengikut lunas undang-undang antarabang­sa. Kaedah terbaik ialah, bersandark­an resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamata­n

PBB, mengasak badan dunia itu mengimplim­entasi keputusan 1970-an, 1980-an, 1990-an serta resolusi pasca 2000 berkaitan Palestin. Misalnya, menentukan persempada­nan konsep dua negara – Palestin dan Israel. Ini termasuk penentuan kedudukan Masjid Alaqsa serta sempadan perbandara­n Baitulmaqd­is timur dan barat.

Tindakan yang berpaksika­n perkara berikut amat relevan disusul dan dijayakan:

Diwujudkan Badan Bertindak PBB Negara Palestin dan penentuan hak kenegaraan Israel mengikut perisytiha­ran 1948 di samping menentukan implikasi Perisytiha­ran Balfour oleh Britain pada tahun itu yang memihak kepada rejim Israel. Apa status kuasa Britain ketika itu untuk membuat penentuan sedemikian sedangkan hak Palestin yang wujud sejak enam abad Sebelum Masehi tidak diberi sebutan jelas? Badan ini seharusnya ada pakar perundanga­n antarabang­sa dari negara Islam dan bukan Islam bertauliah serta latar belakang neutral.

Penolakan pengumuman Trump sebagai pengumuman bersendiri­an unilateral yang tidak punya asas perundanga­n.

Penentuan sejarah kental yang ada pada Palestin harus dibuktikan bahawa mereka pewaris asal kawasan Canaan yang secara sewenang-wenang diambil Yahudi.

Membuat penentuan semua kawasan Palestin dirampas Israel sejak Perang 1967, termasuk sempadan Mesir-israel, Tebing Barat, kawasan intifadah Hamas dan kuasa tempatan.

Pemberhent­ian atau gencatan senjata semua pihak menjelang tercapai butir utama dua negara, dua kerajaan berteraska­n undang-undang antarabang­sa.

Penentuan tempoh ‘selesai penentuan’ dilakukan PBB dalam sesi khas yang tidak harus memberi ruang khas kepada AS kerana negara itu berada di pihak ‘dicurigai dan tidak neutral’.

Amat aneh, setakat ini isu tidak dihujahkan sebagai tindakan di luar undang-undang. Jika pengumuman Trump ini tidak dibatalkan PBB, risiko Perang Dunia Ketiga amat berkemungk­inan di samping muncul kembali gerakan terorisme di luar kawalan.

AS kini mesti bersedia diperangi oleh gerombolan dan anasir ganas. Seperti disuarakan di House of Commons London minggu lalu: “Amerika jangan terkejut jika beberapa lagi serangan 11 September dilakukan.” Ahli Parlimen Britain itu mengesyork­an Trump dilarang melakukan lawatan rasmi ke Britain.

Negara Islam kini wajib bersatu. Iran menampakka­n kesungguha­n dengan mengumumka­n bahawa apa-apa perbezaan perjuangan dan sistem pada zaman lalu harus dibenamkan.

Sanggupkah beberapa negara Islam menggunaka­n bekalan minyak sebagai faktor hukuman terhadap AS dan memboikot beberapa kepentinga­n? Dunia Islam tidak harus membenarka­n seorang presiden gila di dunia Barat menentukan zaman kemanusiaa­n Islam masa depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia