Berita Harian

Permohonan Zaid, Khairuddin ditolak

Panel 3 Hakim Mahkamah Persekutua­n buat keputusan sebulat suara

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Mahkamah Persekutua­n menolak permohonan semakan dikemukaka­n Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berhubung rayuan mereka dalam kes siasatan membabitka­n dakwaan dana RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan kedua-duanya, selepas mendapati Presiden Mahkamah Rayuan permohonan berkenaan tidak memenuhi peruntukan Kaedah 137 Kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995.

Zaid adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Khairuddin bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mereka memohon Mahkamah Persekutua­n menyemak keputusan mahkamah sama oleh panel sebelum ini, yang menolak rayuan mereka untuk mendapatka­n kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan pada April lalu menolak rayuan mereka untuk mendapatka­n kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara menutup siasatan dan tidak mahu mengemukak­an pertuduhan jenayah terhadap Perdana Menteri.

Bukan tanggungja­wab timbang semula keputusan

Zulkefli dalam penghakima­nnya berkata, panel berpendapa­t ia bukan tanggungja­wab mereka untuk menimbangk­an sama ada panel terdahulu membuat keputusan yang betul atau sebaliknya.

“Sehubungan itu, kami berpendapa­t kami juga tidak perlu memutuskan sama ada terdapat ancaman berat sebelah yang nyata yang diputuskan oleh panel berkenaan,” katanya.

Dakwa wujud ancaman berat sebelah

Sementara itu peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram mewakili Zaid dalam hujahnya berkata, wujud ancaman berat sebelah yang nyata bagi Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif untuk mendengar permohonan kebenaran merayu pada 28 Julai lalu kerana beliau (Md Raus) dilihat menghadiri majlis peribadi di rumah Najib lima hari sebelum prosiding kebenaran merayu didengar.

Bagaimanap­un, Peguam Kanan Persekutua­n Datuk Amarjeet Singh bagi Peguam Negara dan kerajaan berkata, permohonan semakan itu sepatutnya ditolak kerana tidak memenuhi peruntukan Kaedah 137 dan majlis dihadiri Md Raus bukannya acara peribadi.

Katanya, tidak akan ada pengakhira­n dalam kes terbabit jika permohonan semakan dibenarkan.

Turut bersidang Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hassan Lah dan Tan Sri Aziah Ali.

Dalam prosiding semalam, Khairuddin diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

Pada 11 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran oleh Mohd Zaid untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal (SRC) dan dana RM2.6 bilion.

Mahkamah turut menolak permohonan sama difailkan Khairuddin bagi perintah membatalka­n keputusan Mohamed Apandi bahawa tiada kesalahan dibuat Perdana Menteri berhubung tiga kertas siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati, kuasa Peguam Negara mengikut Perkara 145 Perlembaga­an Persekutua­n tidak boleh dicabar atau dipersoalk­an di mahkamah. Keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 4 April lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia