Berita Harian

Perhimpuna­n solidariti Jumaat depan

Najib, Hadi dijadual beri ucapan bukti sokongan terhadap Palestin

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Perhimpuna­n besar-besaran bagi menunjukka­n semangat solidariti membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel akan diadakan di Masjid Putra di sini, Jumaat depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dijadual memberi ucapan pada perhimpuna­n itu.

Turut disertai NGO Islam, bukan Islam

Katanya, perhimpuna­n itu yang dijadualka­n bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4 petang, akan turut membabitka­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.

“Saya menyeru seluruh rakyat dan pemimpin NGO tanpa mengira agama untuk berkumpul dan menghadiri perhimpuna­n bagi memberi sokongan sepenuhnya kepada usaha Malaysia,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini, semalam.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pendirian Malaysia yang dibawa Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki, Rabu lalu, menunjukka­n keprihatin­an kerajaan dalam isu berkenaan.

“Kita yakin langkah yang disebut Perdana Menteri dalam sidang kemuncak luar biasa itu adalah satu keprihatin­an kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap dasar dan keputusan kerajaan AS di bawah pimpinan Donald Trump,” katanya.

Pada sidang kemuncak luar biasa itu, Malaysia mengutuk dan menolak keputusan AS mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel, sebaliknya mengiktira­f sepenuhnya bandar suci itu sebagai ibu kota Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia