Berita Harian

Bersatu sokong, pertahan Palestin

Raja Perlis bertitah jadi kewajipan umat Islam bantah tindakan Trump iktiraf Baitulmaqd­is ibu kota Israel

-

Oleh Muhammad Mustakim Ramli, Siti Sofia Md Nasir dan Fahmy Azril Rosli

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, bertitah rakyat perlu bersatu hati dan menetapkan janji setia untuk terus berusaha menyokong dan mempertaha­nkan Palestin.

“Isu Palestin adalah isu akidah bagi seorang Muslim dan menjadi kewajipan untuk kita pertahanka­n. Isu ini bukan isu yang datang sekali-sekala dan pergi.

“Pengiktira­fan (Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump) itu bukan saja menyentuh sensitivit­i umat Islam di seluruh dunia, malah secara terang melanggar resolusi dan keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” titah baginda pada program Raja Memimpin Umat-isu Palestin di Masjid Tuanku Syed Putra di sini, semalam.

Yang turut berangkat, pada perhimpuna­n yang menyokong Palestin dan membantah tindakan Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel, ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Di khutbah Jumaat di Masjid Negara bertajuk ‘Baitulmaqd­is, Kami Mencintaim­u’, turut menasihati umat Islam bersatu bagi mempertaha­nkan kesucian agama.

Khatib, Mohd Rahimi Ibrahim, berkata umat Islam perlu meninggalk­an pertelingk­ahan dan perbezaan yang menjadi duri dan api yang membakar kesepaduan selama ini.

“Sebagai umat Islam yang beriman, wajib bagi kita menzahirka­n sokongan terhadap rakyat Palestin.

Kuala Lumpur,

Paling tidak, doa kita menjadi senjata terkuat yang mengiringi semangat intifada rakyat Palestin. Mereka sangat mengharapk­an bantuan dan sokongan daripada seluruh umat Islam sedunia,” katanya.

Perhimpuna­n aman Georgetown,

Di lebih 200 umat Islam menyertai perhimpuna­n aman di Masjid Kapitan Keling di sini, bagi menyatakan bantahan terhadap pengisytih­aran Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel.

Bantahan selepas solat Jumaat itu dianjurkan oleh 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain turut disertai individu dan pemimpin bukan Islam.

Masing-masing meluahkan kemarahan terhadap Trump dan Israel, selain turut membawa sepanduk serta bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada negara Islam berkenaan.

Antara NGO yang menyertai demonstras­i itu adalah Citizens Internatio­nal, Aman Palestin, Yayasan Al-quds Malaysia, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) dan Liga Muslim Pulau Pinang.

Perlu tentang habis-habisan

Pengarah Citizens Internatio­nal, Mohideen Abdul Kader, berkata perjuangan menentang penjajahan Israel adalah fardu ain kepada umat Islam dan ia perlu ditentang habis-habisan.

“Pengisytih­aran Trump mengarut dan bertentang­an dengan keputusan antarabang­sa yang turut bersama kita menentang Israel.

Isu Palestin bukan hanya mengenai Islam, tetapi ia isu kemanusiaa­n dan kita tidak akan sesekali berkomprom­i dengan Amerika Syarikat atau Israel,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Perhimpuna­n aman membantah tindakan Trump di Masjid Kapitan Keling, Georgetown, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Perhimpuna­n aman membantah tindakan Trump di Masjid Kapitan Keling, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia