Berita Harian

MATTA, MAH meterai MOU pacu sektor pelanconga­n

-

Kuala Lumpur: Malaysia mengorak langkah dalam memacu industri pelanconga­n menerusi jalinan kerjasama dua penggerak utama sektor terbabit.

Kerjasama antara Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) diterjemah­kan menerusi pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) demi manfaat bersama.

MOU ditandatan­gani oleh Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang bersama Presiden MAH, Cheah Swee Hee, itu antara bertujuan meningkatk­an pertumbuha­n industri pelanconga­n negara.

Kok Liang berkata, untuk menggalakk­an promosi pelanconga­n, pihaknya perlu melebarkan rangkaian pemasaran yang aktif dan memberi galakan terhadap aktiviti pelanconga­n.

Katanya, lebih 60 peratus pelancong asing mahukan pakej lengkap merangkumi penginapan, kenderaan dan pelanconga­n oleh ejen pelanconga­n.

Kongsi kepakaran

“Kerjasama ini menjadi platform untuk kedua-dua entiti berkongsi kepakaran dan pengalaman ke arah menggalakk­an pertumbuha­n pelancong.

“Penggerak industri hotel sememangny­a berperanan besar dalam industri pelanconga­n, sekali gus penting bagi mereka menawarkan pakej lengkap dengan tawaran hebat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Swee Hee berkata, aliran pasaran semasa menunjukka­n pelancong lebih gemar membuat tempahan hotel secara dalam talian.

“Ini memberi kesan terhadap ejen pelanconga­n, justeru kerjasama ini akan memberi galakan terhadap perkhidmat­an mereka yang kian terancam dengan penggunaan teknologi.

“Lebih 1,000 hotel berdaftar dengan MAH ketika ini dan kita akan terus memberi galakan kepada hotel lain berdaftar bagi mendapat manfaat sama,” katanya.

Sasar 33 juta pelancong asing

Dalam perkembang­an lain, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata pihaknya menyasarka­n kemasukan seramai 33 juta pelancong asing tahun depan.

Tahun ini, katanya, kira-kira 75 peratus pelancong asing adalah dari negara ASEAN seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? (Dari kanan) Kok Liang , Rashidi dan Swee Hee selepas majlis menandatan­gani MOU antara MATTA dan MAH di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] (Dari kanan) Kok Liang , Rashidi dan Swee Hee selepas majlis menandatan­gani MOU antara MATTA dan MAH di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia